Klik klik cepat...

At Last!

Posted by tasya

Akhirnya, aku telah membeli domain dan hosting! tapi belum siap lagi .. baru je beli tanah dan dapat alamat rumah.. alamat rumah aku http://www.tasyabiz.com/ ! nanti aku akan upgrade dari masa ke semasa.

Nak citer pasal tempahan tart, alhamdulillah, 2 minggu ni penuh untuk aku sehingga 5/4/09 depan.

Aku ade web sendiri, perniagaan sendiri dan bakal... ape ye....? emm.. aku tak mahu taip benda yang tak pasti lagi.. takut tak menjadi.

Tag Kak Nest

Posted by tasya


Hari Perkahwinan aku


Bersama mak dan abah kandung dan adik beradik kandung.

Kali ni aku suka nak buat tag ni sebab masa kahwin ler paling best...




When was your engagement?
08.06.2002


When is your marriage anniversary?
25.07.2003

How long have you known your spouse?
Since 20.03.1999

How long did you date before you got engaged?
3 years

Where did you meet your spouse?
At Cyber Cafe.. chating2 rupanya kami berada di tempat yg sama

What is your spouse’s full name?
Mohd Zaidi

Do you have any children?
Not yet

How many?
hehehhee

Do you have any pets?
Nana and Family Kitty.. huhuuhu Nana hilang, Kitty seluruh kuarga aku buang..


Do you own or rent?
own house.

Do you live in the country, city/town?
Malaysia, Klang

What is your favorite activity you do together?
Tgk wayang

Do you have a favorite vacation spot?
Selalu gi congkak je..
Nak pergi Tioman. Tak pernah pergi sana.

How many siblings do you have including in-laws?
Tasya 8 + Aedy 3 = 11

What mosque do you attend?
Masjid Kiyai Abdullah Batu 4,Jalan Kapar.. itupun time Terawih..


Is this the mosque you got marrried in?
Yes. Habih, umah depan masjid.


What town is your current address?
Klang

Do you work or stay home?
Work.


Where did you go for your honeymoon?
Bukit Tinggi Pahang and terus ke Cameron Highland.
Lupa diri kejap, hehehehhehe



Leave a piece of marriage advice:
Perkahwinan, saling melengkapi antara satu sama lain. Pasti ade persamaan dan perbezaan. Kesabaran tahap dewa diperlukan dalam perkahwinan. Sentiasa mengingati detik bahagia bersama.

Tgk Bola Lagi!!

Posted by tasya

nak update bola lagi... 7 March lalu sekali lagi aku melangkah masuk ke stadium Shah Alam. Kali ni Selangor bertemu Perak. Ini antara yang sempat ku rakamkan.



Abang melopong... aisey...
baju kuning yg tengah2 tu anak buah aku. Merangkap anak bos.
Dia pergi ngan cikgu sekolah dia.
Orang bergerak membeli minuman separuh masa pertama
Ni yang aku tak suka ngan budak selangor, menang pun baling kerusi.
kalo kalah pun baling kerusi. Sampah pun.
Masa bergerak keluar dari stadium.
Ni point aku sepanjang perlawanan berlangsung
1. Penyokong perak tidak seperti ramainya penyokong kelantan, maka aku membuat rumusan orang kelantan ramai di Selangor.
2. Pengadil tak perasan offside, selangor dah golkan dulu, Perak pun kena gak.
Jika tidak.. jadi 1-1 masa separuh masa pertama.
3. Skrg dah takde orang jual burger dari tempat duduk ke tempat duduk. Orang yg jual air mineral tu pun cam jual dadah, mata melilau, takut2 nak jual.. ape kena ntah.
4. Sebahagian besar penyokong Selangor marah apabila sebahagian kecil penyokong Selangor buat hal..
5. Pengadil tak beri sepakan penalti bila pemain Selangor dijatuhkan dalam kotak penalti.
6. Penonton mula resah sebab dah minit ke 60, tak gol jugak...
7. Resah itu berbayar bila gol dijaringkan untuk Selangor.
8. Minit ke 90 penonton mula beredar tanpa menyedari Selangor menjaringkan satu lagi gol dalam masa kecederaan. Yang dah nak balik masuk semula tak percaya...
9. Aku pergi naik motor, so.. masa keluar tak ler harung jem.
10. Selangor 2 - Perak 0

Klang

Posted by tasya

borak2 ngan wana kat forum http://www.belionline.niceboard.biz/, tiba2 perkara dolu2 muncul dibenakku.. ni aku paste ke sini dan tambah sedikit lagi



klang ni byk kenangan pada aku..



1. masa kecik2.. aku ngan mak naik bas gi klang..abah dah sedia tunggu kitorang depan tabung haji, abah nak motor, dulu bas boleh lalu situ... skrg tak boleh...



2. kecik2 kalo merajuk, abah bawak pergi kedai buku berhampiran cendol klang, masa tu cendol klang naik basikal.. skrg dah bukak kedai.. kurang sedap kata orang.. tingkatan 1 baru tahu classmate aku anak tauke cendol klang tu, Kalaiselvi nama dia.. yg untung bila Hari Kantin, kitorang jual Cendol Klang. Lumayan sehh...



3. klinik 24 jam depan jukebox, dari kecik aku suntik berbayar...mak kata.. ko ni mahal... hahahhaha.. asal demam je.. klinik 24jam ade... kdg2 aku buat demam sebab saja nak gi klang.



4. greatwall klang, asal beli barang sekolah gi greatwall.. dulu mana ade centerpoint, mydin..greatwall start mundur sejak ade orchard square(plaza MPK gak).. now dah jadi mydin..dah tak suka pergi sebab jadi dataran indon. Atas emporium makan pun ade pasaraya tapi aku dah lupa namanya.. skrg jadi pusat snooker. Bak kata wana, dulu2 dpt gi greatwall ni gembiranya macam gi KLCC... sekarang Greatwall dah takde.. dah diruntuhkan.. yg ade dataran je...



5. lorong kuih stesen bas... sejak sekolah kat klang, dah pandai lepak2..beli kuih sebelum naik bas... hensem abg yg jual getuk ubi tu... Stesen Bas Klang ni ler aku tgk ragam manusia sambil tunggu bas. Skrg stesen bas dah takde.. dah pindah ke Klang Sentral di Jln Meru.



6. Emporium Makan (dulu atas ade pasaraya).. selalu makan ngan mak & abah kat sini...balik tuisyen abah ajak makan kat sini... skrg yg terkenal lontong klang...ade mee jawa klang, ABC Klang, Mee Sharif dan Rojak Klang..



7. Jalan Taiping, Klang... sini terkenal dengan kedai kain. Kalo nak raya.. jalan ni paling sibuk. Kat jalan ni ade KFC, dulu2 ade McDonald...ex-boyfriend pernah keje sambilan kat sini.. asyik bagi black pepper byk2 kat aku...



8. Tuisyen kat pusat tuisyen johan & delta. Form 3 start sampai form six... lagi satu Era Tinta.. sapa2 nak belajor math moden kat sini paling aku rekomenkan.. dari aku zero sampai aku dpt A..!!



9. Cathay Klang.. pernah 2-3 kali tgk wayang kat sini.. temankan sepupu dating... hehehehee.. skrg dah jadi kedai perabot.. huhuhuhu.... pernah aku terduduk atas riba orang dek terlampau gelap sangat... hadooo....



10. Pasar Besar Klang... dulu tapak nya berada di tapak Maybank skrg.. berhampiran Shaw Centrepoint. Kalo masuk situ kena singsing seluar.. Becak! tapi budak yang mak aku jaga dulu (yayang) cukup suka ikut abah masuk situ.. aku.. idak ler.. bau dia semacam... skrg pasar besar klang dah pindah ke jalan meru..

Sekarang.. bila bertambah usiaku.. semakin aku mengenali bandar klang ini... segala jalan2 shortcut aku dah tahu... hehehhee.. utk mengelakkan kesesakan...

Selangor Menang!

Posted by tasya

Dah lama gian nak gi tgk game kat stadium. Aku start tgk bola dari umur 14 tahun lagi. Lepas tu merebak ke tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5... Mak aku pun kaki bola gak tapi depan tv ler... terjerit2 dia kalo bola hampir masuk...
Yang paling tak leh aku lupa hatrick Selangor menang Piala Malaysia 3 kali berturut2... Mana leh lupa.. 3-3 final game aku tgk live kat stadium. Yang apling kelakar masa selangor hanyut tahun 2000 berapa ntah.. Penyokong Selangor leh sokong MPPJ... hahaha.. kan lawak tu.. dek dahagakan perlawanan .. sokong kelab pun jadi lah...
Dan terbaru... aku saksikan perlawanan antara Selangor dan Kelantan pada 28 Februari 2009 lepas. Ni antara point2 aku sepanjang perlawanan.
  1. Masuk2 je tgk penyokong Kelantan ade suku je. FAM tak pandai susun penyokong.
  2. Masuk2 dah 1 gol kitorang terlepas, maklum.. gi lepas maghrib, harung jem blueberi lagi
  3. Mula2 aku puji pengadil, tapi lepas tu baru perasan kekurangan pengadil itu, dia rabun dan bodoh. Pemain dah terguling2 sakit dia tak perasan, padahal penjaga garisan dah angkat bendera!! Budussss...
  4. Laungan PENGADIL BODOH,PENGADIL BODOH.
  5. Pemain Selangor mula2 dpt kad merah atas sebab kekasaran yang tidak disengajakan.
  6. Tapi yang best penjaga gawang kelantan pun kena kad merah jugak... padan muka.. yang pergi baling bola kat pemain lawan apehal? hahahaha... tidakkah kau rasa apa yang aku rasa.. (dialog saadiah)
  7. Gol kedua hasil sepakan percuma sungguh cantik.. terus je masuk.. 2-0!
  8. Penjaga gol gantian Kelantan masuk sambil berlari2 anak.. sungguh comel.. alalalalaaa
  9. Penyokong Kelantan menyerang penyokong Selangor dari belakang pentas. Wartawan pun kena tempias.
  10. Di sudut stadium, penyokong bertempur berpelurukan botol air dan tempat duduk yang dicabut. Polis kejar!!
  11. Masa tambahan yang menggembirakan Selangor.. Gol ke-3 untuk Selangor!!
  12. Selangor 3 Kelantan O.
  13. Tahniah Selangor.