Klik klik cepat...

Aktvt Hari Minggu

Posted by tasya

Pagi dah bangun, mandi dan kemas ala kadar.. pastu wat tart buah 50pcs, order org puncak alam.. mengidam kata suaminya. Pastu sambil deko tart, tasya bakar cheese cake jugak.. ini pun order org.. tauke kedai stationery. Base kek ni biskut oreo! Sedappp rasanya...





Ni pulak.. pukul 5 lebih semalam cari bahan.. tasya masak nasi ayam..


Abang buat air bandung... sedapppp...








Photo 2

Posted by tasya

Sekitar majlis persandingan anak sulung jiranku.









Cili

Posted by tasya

Tasya suka bab tanam menanam ni. Tapi bab nak jaga tu malas... Angin rajin tu kencang awal musim je... lepas tu terbiar sepi.Masa form 1 tasya dimasukkan ke kelas pertanian. Abah pulak memang suka bertani. Kat kebun kelapa dia byk pokok cempedak dan nangka. Pantang beli betik manis.. mesti abah kumpul bijinya, keringkan dan tanam.

Sekarang ni abah rajin tanam sayur. Tomato, cili padi, bendi, terung. Khamis lepas baru makan hasilnya. Mak masak asam pedas letak bendi dan tomato. Ahh.. tak leh jadi ni..Tasya kena mulakan sekali lagi.

Tasya masih simpan bekas pasu panjang dalam bilik stor. Lepas tu minggu lepas tasya byk baca topik Cili dalam forum cari.com. Benih cili, daun sup, daun parsley, capsicum (lada benggala) semua tasya semai dalam pasu comei ni.. biar tumbuh anak2 dia.. baru pindah ke polibeng hitam tu..

So, kepada pembaca blog ni.. nanti tasya update dalam label tani.

Walimatul Urus

Posted by tasya

13 dan 14 Jun 2009, jiran tasya En Shaari mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan yang sulung. Tasya seperti biasa mengikut saja Kak Shima, Kak Fiza, Kak Ainon, Kak Nor dan Kak Maznah. Kak Ros tak ada.. dia ambil anaknya di kampung.

Pagi2 tu mak pulak hantarkan nasi himpit dan rendang daging. Sedapnyaaa.. lama mak tak buat rendang sejak raya. Rendang mak ni anak2 sedara dia memang cari tiap2 kali raya. Sekarang orang suka buat rendang kicap.. emmm.. tak best ler yg tu...

Rendang dan nasi himpit mak bagi.

Kak Fiza, Kak Maznah dan Kak Ani baju kuning (isteri 2 pupu tasya)

Kak Shima

Kak Maznah soh amik gambo..

Kak Nah pejam mata.. tgh jampi cili kering kot.. hahaha

Kak Nor tengah beraksi.

Baby

Posted by tasya

Hari Jumaat lepas, 12hb Jun, Kak Ana ajak tasya gi lawat Uji. Uji dah 21 hari bersalin. Dia merupakan jiran sebelah umah dan ibarat adik aku. Sampai2 rumah, Iwan iaitu abang uji pun dah sampai. Dia pun baru dpt anak sulung dah 3 bulan. Iwan inspektor polis kat kelantan. Isteri dia tinggal di Kedah.

Masuk ke dalam rumah, aku dan kak ana tengok tak ade sapa2. Muncul Cik Nab. "Uji tengah mandikan anaknya," kata Cik Nab. Jelas terpancar kegembiraan. Mana taknya.. Anak yang duduk jauh pun balik, dapat tatap cucu lelaki dan perempuan.

Dhiya Ulfah. Itu nama anak Uji. Comel.. muka macam Uji. Takde muka Nazim. Cik Nab siap tunjuk gambar sekeluarga tahun 80-an... tunjuk gambar uji masa kecik2.. wakakakaa...

Ade rupa pakistan... heheehe.. Atuk Uji orang pakistan. Darah kacukan ler ni... hehehehe..
Nazim lak ade darah Kemboja ke Pattani tak silap aku.. wahhh..

Nanti aku tepek gambar Dhiya ek.. Memory card tertinggal ler...

OK.. ni yg tasya janjikan..

Photo 1

Posted by tasya

anak buah aku shafiqah.



Tasya tak suruh pun dia buat macam ni.. hala je kamera.. terus dia buat aksi.

Ini anak buah tasya jugak.Ijam.

Suami tasya, edi. Pose di tepi belukar.


Sepupu suami.. dekna.


Balik lapar.. masak ler..

Cupcake 1 1/2 oz.

Tart kelapa.

Butter Cupcake

Posted by tasya

Masa bakar2 ikan hari pekerja tempoh hari, tasya ade bawa cupcakes. Jiran tasya 3 orang order 10pcs.. kak fiza dan kak nor order 20pcs sorang. Tapi yang last je utk kak ros tasya sempat snap. Huhuhuhuhu... panas2 lagi.... fresh from my europa oven... keh keh keh...








Mee Kuning Homemade

Posted by tasya

Ini pun n3 yg tertinggal... satu hari tu mak tasya masak kari.. so abah yang suka mee kari pergi lah kedai beli mee kuning. Tasya balik rehat, tasya pun tuang kuah kari dalam mangkuk dan ambil mee yg dah dicelur sikit letak atasnya.. tapi tasya tak gaul.

Tasya letak atas meja pastu biar kejap dan tasya baca suratkhabar.. jeling mee tu sikit... mak aii.. apesal berdarah mee ni? tasya tahu pasal asid borik dalam mee.. so tasya tunjuk kat abah dan mak.. abah kata.. jangan makan lah.. abah bungkus semua mee yang dah siap dicelur dan sebungkus lagi masih dalam plastik asal. Abah bersiap2 pergi kedai untuk memulangkan mee tersebut.. bukan nak duit balik cuma nak sedarkan peruncit tersebut.

So, petang itu juga tasya search pasal mee kuning berdarah ni, dan tasya terjumpa satu forum membincangkan mee kuning homemade! Bahan2 nya mudah je dan tasya rasa tasya boleh buat. Petang tu jugak tasya beli pasta maker.. hahahhaa... dan ini hasilnya!!




tapi cam kurus benor ler mee tasya buat ni... rasa macam makan maggi. Takpe.. lain kali tasya buat besar sikit.