Klik klik cepat...

Roti Jala Pandan

Posted by tasya

Roti Jala Pandan
Cerita di sebalik roti jala pandan ini adelah.. kerana pewarna kuning telah habis. Memandangkan jika tasya letak serbuk kunyit akan menerbitkan aroma yg tak enak dihidu.. so tasya telah guna pewarna apple green dan perisa pandan.
mak pulak bagi serawa durian.. wallahhh... sekelip mata je habih.
Resepi Roti Jala Pandan
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Air
sedikit garam
Sebiji telur
Pewarna kuning/hijau
Perisa pandan jika suka.
Serawa durian
Santan
2 ulas durian
sedikit garam
gula

Birthday Qaseh

Posted by tasya

12 Julai 2009 tu aku happy sangat sebab aku akan berjumpa kawan2 sekolah menengah rantau panjang dulu. Dah lama tak jumpa diorang.. Lily pun order Barbie Doll Cake untuk anaknya nama Qaseh Delisha Damia (lanjut di tasyabiz.com). Kalau tak jumpa dalam facebook.. tak jumpa ngan diorang ni..



Fizah dan mas tgh rancak cerita..
mulut anak sumbat ntah apa2.. hehehhe

Fizah, Yatie dan Juli
Ape kena si Lily ni.. hehhehe peace!

Samalah nasib kita yatie oi... asyik pangku anak org je...
tungguuu, sekali kuar kembar tiga.. kalahkan diorang ni...


Byk pulak gambo mek ni...

Nor,anak ida (hani), anak Siti, Siti, dan Ida.

Nor dan wanie

Hani mata bulat...

Qistina rambut ciput...
Best dapat jumpa korang... bulan depan jumpa kat rumah fizah pulak ye...

Rahul Kawin!

Posted by tasya

Akhirnya a'un kawin!!... hehehhe... abang kawan baik aku kawin pada 12 julai 2009. Abang ayu ni tinggi orangnya... dulu sekolah agama sama2... sekolah menengah pun sama2. Isteri dia pun aku kenal. Adik kawan aku jugak.. Tema majlis hitam putih, pengantin kena warna hitam pink. so sweet...


A'un ngan Ain.. sesuai ler tu namanya...
Dan yang ni aku kenalkan.. pelumba basikal negara, merangkap adik ayu, adik A'un..
Rizal Tisin.

Slim?

Posted by tasya

Bermula minggu lepas... tasya dan ahli De Royal Anggerik memulakan projek menguruskan badan. Tasya kena laporkan apa yang tasya makan sepanjang hari..

Tapi bila hujung minggu... adoi... tak dapek nak nolong eh.. cam raya.. makan tak hengat. Tak boleh jadi ni.. kang diorang kurus.. aku camtu gak.. ntah2 makin naik. huhuhu

Kepada pembaca setia blog ini.. posting berkaitan makan2 danmakanan akan berkurangan di blog ini. Harap maklum.. hehehehe...

tag lagi

Posted by tasya

Kak Nest Tag tasya. Bagus jugak.. sekurangnya berubah tajuk utama kat blog ni...
5 nama timangan
i)sasa/ja - ni mak/abah panggil
ii)caca- sedara mara panggil
iii)cica-anak buah panggil
iv)tasya-ni kira nama timangan sebab nama sebenar natasa
v)sasha-kawan2 kakak aku panggil
5 sifat/tabiat buruk
i)suka cabut rambut dalam 2-3 helai sehari
ii)suka kumpul barang yg ntah apa2...
iii)baran
iv)?
v)?
ntah...
5 makanan kegemaran
i)nasi goreng mak buat
ii)rendang daging mak
iii)nasi ayam
iv)roti gardenia cicah susu pekat
v)KFC
5 subjek pelajaran paling suka
i)Math - dpt A masa SPM.. yg lain hampeh..
ii)Pendidikan jasmani-masa ni lah boleh keluar dari kelas
iii)Biologi- best kalo kuar dari lab.. cari2 barang/serangga
iv)kimia - fuh.. kalo wat eksperimen.. kuar pulak hablur warna warni.. cantiknya...
v)kemahiran hidup-macam bawak balik rumah..
5 benda wajib dlm purse
i)IC
ii)lesen
iii)buku derma darah
iv)kad nikah
v)gambar passport
5 topik yg biasa dibual bersama pasangan/teman
i)ekonomi rumahtangga kami
ii)keadaan tempat kerja dan kawan2
iii)geng De Royal Anggerik
iv)politik/isu semasa
v)filem dan bola sepak
5 mangsa tag....
sapa yang baca ni, buat ler..