Klik klik cepat...

Lega sangat

Posted by tasya

Salam,
lamanya tasya tak update blog... bukan bz pun tapi nak bertenet tu susah sikit.
Nak cerita A-Z...
1. tasya kerja macam biasa sehinggalah pada suatu pagi 7hb Disember, bos panggil mengadap ramai2... Assembly ler lebih kurang. Bos khabarkan berita kurang baik. Memandangkan ekonomi syarikat kurang baik dan job pun kurang (cam takde je).. bos meng'shutdown'kan syarikat sehingga 1 Januari 2009. Huhuhu

2. Aku dengan tak gembiranya menerima berita itu, terus jadi tak bersemangat.. cam blur pun ade.. mcm2 pk.. nak buat apa ye cuti2 ni, sampai bila nak macam ni, bil2 tu camne nak bayar..

3. Aku hapday terus ari tu.. bg tau mak dengan abah, mak kata sabolah.. carilah keje part time ke, apa ke.. huhuhu... tetiba teringat nak keje kat KFC.. hahahhaa

4. Malam, bincang2 dengan abang, nak buat apa cuti ni.. nak meniaga tart ngan cupcake pun modal tarak.. modal leh wat bayar bil2 lain. Aku nekad cari keje lain.

5. Selasa, aku pergi ke Agensi Pekerjaan Sue di Klang. Daftar RM15.00. Rupanya Agensi ni dah pindah ke jalan yang paling orang klang tak mo lalu.. huhu.. depan jambatan yang sedang dibuat, atas Digi dan RHB, belakang ade pusat perhentian Bas Ekspress.

6. Kereta meragam ... huhuhu.. betul3 dugaan.. satu2 aku diuji.. sabooooo... Abah suruh betulkan jugak kereta.. abah kata.. takpe.. abah bayarkan dulu. Malunya aku...

7. Mak dan abah, sikit2 nampak kepayahan aku nak bayar itu ini, akhirnya mereka benarkan aku cari keje lain.

8. Aku dapat kerja di sebuah syarikat eksport kayu.. besar jugak. Alhamdulillah

9. 23hb Disember aku hantar surat letak jawatan. Aku beri surat pada kak Ana. Dia seperti sudah tahu memandangkan aku kehulu ke hilir bawa sijil setiap kali keluar.

10. Kak Ana call.. kata takde gaji kalo tak cukup sebulan.. lantak lah... janji aku benti!!

Sekian coretanku.

Kesimpulan: Nampak pentingkan diri sendiri tapi aku memang kena pentingkan diri sendiri.