Klik klik cepat...

Rindu mama

Posted by tasya

Dari tepi sini, Tasya, Mama,Siti,Angah(terlindung pokok) ,
suami Yano dan Yano hujung sekali.
Budak2 3 orang tu anak Siti.


Satu hari di facebook


berborak dengan kekasih adik bongsuku Epi yang bernama Etty.. aku khabarkan yang aku akan datang ke rumah mama pada hari raya cina nanti. Etty hendakkan kepastian dari aku. Aku memberi jawapan pasti untuk dia..
Mama, raya ari tu tasya tak balik, maafkan tasya. Hari jumaat mama call tanya betul ke aku nak datang..
"tasya datang ari sabtu, edi keje,"kataku.
Mama kata, nanti jumpa di rumah Yano, Yano pindah rumah.
Hari sabtu yang dinanti, bertolak ke Banting, Mama, Siti,Angah dan anak2 Siti dah tunggu aku depan The Store Banting. Aku ikut kereta mama ke rumah Yano di Kanchong Darat.
ooo.. dekat je ngan rumah Anak-anak Sidek. Hehehehe
Sampai2.. Yano tengah kemas.. Yano adik perempuan bongsu..
Tak lama pun di rumah Yano, mama ajak jalan ke Pantai Morib dan Pantai Kelanang.
Pukul 4 lebih gerak balik.
Lain kali datang lagi..