Klik klik cepat...

Kuih Koci

Posted by tasya

Gambar koci ni dah lama aku simpan.. kalau tak silap masa sepupu kawin tahun 2007. Untuk rujukan kawan2 yang gemarkan kuih tradisional, apa salahnya aku letak kan..
tapi resepi kena cari ler..
kalo tasya yg buat tasya tau ler..ni buat ramai2.. tasya tolong bungkus je..
so tasya guna frame antik untuk gambar2 ni...





dengan minyak ye... bukan minyal





Kuih Nagasari

Posted by tasya

Hikmah ketiadaan bekalan elektrik pada hari jumaat lepas barangkali. Bos umumkan boleh haflday keje hari ni. Aku singgah ke rumah mak, tgk Ara dan mak agak sibuk.. ku tanya buat apa? ni haaa.. abah ko nak kuih ni.. mak buat ler sikit. Langkah kanan aku kali ni.. aku suka kuih muih tradisional ni.. orang jawa panggil kuih ni Lemet. Dia ala2 lepat jugak.. bezanya guna tepung gandum.. kalo lepat ubi guna ubi.. kalo guna labu dibentuk segitiga, panggil koci. Ade jugak yang guna pulut hitam.

Orang dulu2 semua kuih bungkus dalam daun pisang, macam koci, lepat, abuk-abuk,lopes pun ade dalam daun pisang.. yelah.. dulu2 takde plastik.. tapi bagus guna bahan alam kan..

Bahan2:
Ni sukatan sukahati mak saya ye..
Tepung gandum
Santan
Gula
Garam
Pisang awak
Daun pisang untuk bungkus.


Yang dah siap dibalut


Pisang awak dibelah2

Tepung gandum,santan,gula dan garam dimasak sehingga begini.
Campur sedikit air jika pekat sangat.



Bersihkan daun pisang


Tuang 3 sudu adunan yg dimasak tadi ke atas daun pisang


Letak potongan pisang di atas tepung tadi dan balut seperti gambar yg mula2 tadi
Kukus selama setengah jam ikut qty yg dibuat.
tips:bila daun dia agak layu kekuningan, dah masak ler tu..

Popia Basah

Posted by tasya

Hari ke-3 berpuasa, aku hanya membuat cucur ikan bilis.
Beli nasi campur di PARAM (Pasar Ramadhan).

Hari ke-4 puasa pulak, aku teringin nak buat popia basah sendiri. Balik kerja je aku terus buat adunan kulit kerana adunan ni perlu diperap 1 jam. Baru aku solat.

Abang pulang dari keje, aku ajak ke kedai membeli bahan2 popia dan lauk untk sahur esoknya.
Tapi tak cukup masa nak siapkan popia tu .. maka berbuka dengan air dulu.. moral: beli bahan awal tau... jangan jadi cam aku ni...

Kulit popia disapu sambal,ditabur kacang tanah dan diintikan sayur..
Ni masa ade sos dan kacang je..
Lipat seperti kuih ketayap.
Resepi kulit:
Tepung gandum
Sedikit garam
Satu sudu cuka makan
Satu biji putih telur
Air
Resepi Inti
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Sengkuang dihiris halus
Timun dihiris halus
Lobak dihiris halus
Bawang merah
Bawang putih
Udang basah ikut suka
Sedikit serbuk udang geragau
Bawang goreng
Sedikit garam
Telur didadar nipis dan cincang halus.
Sambal:
Cili kering diblender
Bawang putih kisar
Perahan air limau
sedikit garam
gula (lebihkan gula)
sedikit tepung ubi utk pekatkan sambal.
Malam tu aku hanya masak nasi, goreng sayur, dan goreng sotong celup tepung.
Sahur, aku masak nasi sekali lagi,sup ayam, dan ayam goreng.. serta sambal kicap.
Kenapa aku suka masak masa pagi2.. sebab suamiku suka makan panas2..
dari dia panaskan lauk semalam.. nasi sejuk.. baik aku masak terus.
Sekian.

Tag bulan 8

Posted by tasya



1. Kenapa korang rase korang patut dapat award ni.???

sebab semua blog yg ade dimuka bumi ni hebat2... termasuk blog aku... hahahha

2. Ucapkan penghargaan korang pada sape setelah terima award ini.

Terima kasih kepada Kak eida, wana yang memanjang2kan award ni untuk tasya.. korang memang sahabatku...


Korang wajib bagi pd 10 orang penerima award ini plak.

Listnya lebih kurang k.eida ngan wana punya list jugak..

Kak Aen
Kak Mas
Kak Plola
Kak Mezah
Kak Nest
Kak Rozie
Kak Yatie
Kak Seha
Kak Rozie
Kak Ida
Semoga persahabatan kita semua terutama DRA.. berkekalan ke akhir hayat..

Hari Ke-2 Puasa

Posted by tasya

Pagi tu aku dan suami sahur dengan lauk MIL bagi.. belasah ler.. janji ado! Aku tinggal masak nasi je.. waahhaha..

Puasa ke-2, tengahari tu aku ajak abang pergi beli lauk dan bahan untuk kuih. Aku terjumpa resepi kuih lapis dan seri ayu. Resepi aku tepek lain kali sebab resepi ade kat rumah. Ni aku kat opis.

Buat setengah adunan, seri ayu dpt 17 biji, kuih lapis dapat 1 loyang. Lain kali tak yah beli kuih kat luar.. hehehhe

kuih lapis
dalam loyang
Yang dah diwarnakan..
Kuih Seri Ayu
Kelapa putih digaul dengan tepung ubi dan sedikit garam
Masukkan kelapa putih dalam acuan, padatkan
dah lama beli acuan ni.. tapi tak pernah guna lagi.
Selepas dikukus
Inilah akibatnya kalo tak ditekan padat2.. yg hijau masuk ke bawah.. huhuhu
Siap sedia nak dibawa ke rumah Mak..
Sampai rumah mak.. mak kata beli kat kedai.. huhuhu.. hadoooo...
Resepi Kuih Lapis Pelangi
240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh pewarna merah jambu
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu teh pewarna biru
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh pewarna ungu
Cara:
Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum,minyak,garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
Kisar semua bahan sehingga tidak berketul dan adunan rata
Keluarkan adunan dari pengisar dan masukkan dalam mangkuk. Tambahkan sedikit air lagi dan kacau sebati. Adunan akan kelihatan cair.
Bahagikan adunan kepada 7 bahagian dan warnakan.
Panaskan kukusan dan kukus lapisan pertama 5 minit diikuti lapisan seterusnya juga 5 minit.
Apabila masak, angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong.
Tips: Air lebihkan dalam 1/2 cawan & sapu sedikit minyak pada loyang untuk memudahkan kuih dikeluarkan.
Sumber: Majalah Rasa Oktober 2008.
Resepi Seri Ayu
250gm tepung gandum
300gm gula
250ml santan
5 biji telur
2 sudu teh ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar air pandan
*air pandan boleh ganti dengan 2 sudu teh pes pandan+pewarna hijau/pes pandan
Inti kelapa:
200gm kelapa parut putih
4 sudu makan tepung ubi
secubit garam
Cara:
Pukul gula bersama telur dan ovalette hingga kembang
Masukkan santan, tepung gandum,serbuk penaik dan juga pes pandan. Kacau sebati.
Masukkan bahan inti ke dalam acuan. tekan padat2.
Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga paras penuh dan kukus selama 5 minit.
Tips: Acuan disapu sedikit minyak dan panaskan kukusan dahulu.

Selamat berpuasa

Posted by tasya

Teruja aku sambut Ramadhan kali ni.. Alhamdulillah.. dapat lalui sekali lagi.. Kebetulan hari pertama puasa, sabtu cuti. Sahur, aku tumis cili, goreng ikan kembung dan telur dadar saja. Masa puasa ni lah Allah offer byk pahala.. sale!! sale!!... rugi sapa tak ambik peluang ni..

Solat subuh.. kemudian, bacaan Al-Quran jadi peneman. Suamiku kerja .. ade OT.. ambik lah bang.. duit raya, kataku. Sepatutnya dia cuti Shutdown dari 21 Ogos sampai 31 Ogos. Panasonic tiap2 tahun buat macam tu..

Aku ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini.

Petang lepas Asar, dalam pukul 5 aku ke dapur menyediakan bahan berbuka. Ada sardin! Buat karipap lah.. abang suka..

Yang tengok gambar tu, jangan tgk bernafsu.. makruhhh.. hehehhe.. jadikan panduan untuk berbuka. Sekian.

Resepi Karipap Sardin Rangup.
Kulit Karipap
125gm tepung gandum
5 sudu besar minyak (dipanaskan)
1 cawan air ais
(masukkan dalam peti sejuk seketika)
Kulit karipap yang siap dibulat2.
Inti sardin
Satu tin sardin kecil cap Ayam
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
1/2 cili merah
sedikit cili kering diblender
garam
1 sudu gula
Uli sedikit
Kemudian gunakan mesin pastri.
Jangan terlalu nipis
Masukkan inti sardin, letak di acuan
dan sapukan gam keliling bunga acuan
gam=tepung gandum dilarut dengan sedikit air
Karipap yang telah siap dibentuk
Karipap sedia dimakan.. oops.. masa buka nanti.

Begedel

Posted by tasya

Balik keje, dah siap semuanya terus ke dapur.. keluarkan ikan sardin, defrost dulu... hari ni nekad nak buat begedel.. bahan2 semua ade.. kupas kentang, rebus... sambil tunggu kentang empuk rendam udang kering, potong2 daun sup.. goreng bawang yg dihiris, nak pedas sikit potong cili padi warna merah satu, hiris halus...

Ubi kentang sedang direbus
Ubi kentang ditumbuk, daun sup, bawang goreng, cili padi dan udang kering + garam

Gaul rata


Bentukkan dan celup telur, dan goreng



Begedel yang dah siap digoreng.. tinggal ngap aje..
Begedel Udang kering
Resepi
3 biji kentang direbus sehingga empuk
2 sudu besar udang kering - ditumbuk
Daun sup dihiris halus
Bawang putih dhiris - digoreng
Bawang besar dihiris - digoreng
Sedikit bawang goreng
Satu biji cili padi warna merah dihiris halus
Sedikit garam
Sebiji telur
Cara buat..
Kentang dikupas dan direbus sehingga empuk, dan ditumbuk
campur2 bahan2 lain dalam bekas besar kecuali telur
Bulat2 dan leperkan..
celup telur dan goreng
Tips:
Jangan goreng lama sangat.. nanti hangus..
Kentang selain direbus boleh digoreng jugak.. tapi berminyak sikit
Udang kering perlu direndam dengan air panas seketika baru tasya tumbuk.

Ubi Kayu Rebus Pedas

Posted by tasya

Hari ni puan2.. saya akan menyediakan ubi kayu rebus pedas. Keh keh keh... balik keje semalam aku singgah 3 kedai mencari ubi kayu. Hinggakan pasaraya besar pun ubi kayu tak ada. Huhuhuhu.. Terjumpa saudaraku, aku bagi tahu .. susah betul nak cari ubi kayu.. dia tanya balik.. ngidam ke? takkkkkk... dah janji dengan edi nak buatkan ubi kayu rebus....

Last2 aku singgah kedai Acheh.. patutlah orang Acheh ni suka berniaga kat sini.. macam2 ade kat malaysia ni.. Aku beli sebesar lengan dengan harga RM2.00.

Sampai rumah, aku mandi, siap2 semua.. aku ke dapur..

Ubi kayu rebus yang dipotong2 kecil.
Buang kulit
Rebus bersama sedikit garam
Siap.... Ubi Kayu Rebus Pedas.
Ubi Kayu Rebus Pedas
Resepi
Bahan2nya..
Ubi Kayu
Garam
3 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
3 biji Cili padi
sedikit Ikan bilis digoreng terlebih dahulu dan hancurkan sedikit.
Garam dan gula sikit
Satu sudu rempah kari dicampur sedikit air..
Minyak untuk menumis.
Cara:
Rebus ubi kayu sehingga empuk. ketepikan
Goreng ikan bilis dulu, ketepikan.
Kisar bawang merah,bawang putih,dan cili padi
Tumis bahan kisar
masukkan rempah kari
masukkan ikan bilis
masukkan ubi kayu yg sudah direbus.
salutkan dengan bahan tumis.
sedia dihidang panas2... time hujan ke.. dengan kopi o..
yg tak tahan tu jangan byk sangat.. kang kembung... hahahha

Rendang Rock!

Posted by tasya

Masa baca yasin ari tu aku beli ayam telur... untuk pengetahuan ayam telur/ayam pencen ni keras ya amat dagingnya. Sesuai untuk dimasak kari atau rendang je.. huhuhu...
Pagi ahad, 16 Ogos aku ajak suamiku membeli bahan2 nak buat rendang. Kat bawah nanti aku bagi resepi. Serai, halia, kelapa parut, aiskrim.. aiskrim? ooo. yg tu khas untuk suamiku.. cornetto lagi.. huhuhu... lagi.. emm.. suratkhabar.
Merasakan rendang ku tak lengkap tanpa daun kunyit.. aku bergegas ke rumah mak.. sampai rumah mak.. mak tanya nak masak apa? masak rendang. Nanti orang hantar.. kataku. Sempat mak ingatkan lagi cara2 buat... hehehehe
Sampai rumah ku.. terus ke dapur.. siapkan semua bahan.. blender itu ini, perah santan, tapi yang paling penting.. kerisik..! Tak lengkap rendangku kalau takde kerisik. Lepas masak, hujan2 ku hantar ke rumah mak.
Kelapa parut digoreng tanpa minyak.
Tumbuk tau... bukan blender!
Tumbuk sampai halusss... sampai ade minyak dia...

Taraaa... dah campur dalam rendang.. emmm... macam nak raya rasanya.


Resepi
rendang rock
(ekoran dagingnya keras cam batu)

Ayam seekor dibersihkan dengan tepung gandum dan air.
Bawang putih
Bawang merah besar
1 inci halia
2 inci lengkuas (lengkuas perlu lebih sikit dari halia)
3 batang serai
4 sudu makan cili kering diblender
3 cawan santan
3 cawan air
3 sudu kerisik
1 helai daun kunyit
perasa
sedikit minyak utk menumis.



Cara membuatnya:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. (Nak kisar asing2 pun boleh)

2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kering yang telah dikisar

4. tumis lagi... dan masukkan perasa

5. Masukkan ayam, gaul dan ungkep*

6. Masukkan air dan biar ayam empuk

7. Apabila air hampir kering, masukkan santan

8. Biar seketika sambil dikacau2 agar tidak pecah minyak.

9. Last sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit.

*ungkep=apabila dah tumis, masukkan ayam, gaul2 dan tutup kuali agar wap yang terhasil memasak ayam tersebut.

Cara membuat kerisik

  • 1 cawan kelapa parut
  • digoreng tanpa minyak
  • tumbuk halus sampai pecah minyak.

Nasi Goreng

Posted by tasya

14 Ogos 2009, aku malas nak masak lauk2.. so wat nasi goreng je. Masak nasi jap .. pastu goreng... resepi? ade...

Nasi Goreng Udang Kunyit

Bahan A
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
1/2 biji cili merah
sedikit belacan
sebiji telur
sedikit garam
(Semua bahan A ditumbuk halus kecuali telur,
asingkan bawang putih)

Bahan B
Udang putih 7 ekor
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit rempah kari ikan

Bahan C
Nasi 1 put masak dulu

Cara:
1.Gaul bahan B dan goreng dahulu.. kemudian ketepikan.. minyak jangan dibuang
2.Minyak tadi guna untuk menumis bawang putih terlebih dahulu.. bila dah layu sikit baru masukkan bahan A yg lain.. kecuali telur. Dah garing sedikit, masukkan telur dan kacau...
Masukkan nasi.. dan ratakan dengan bahan tumis. Hampir siap.. masukkan udang goreng tadi.. dan gaul sedikit. Siap.



Nasi Goreng Udang Kunyit

Kek

Posted by tasya

Hampir seminggu aku tak wat apa2.. memang sengaja aku stopkan order sejak kenduri bacaan yasin minggu lepas...

Di forum, belionline.niceboard.biz kak ida kata dia nak buat kek lobak.. aku jadi teringin.. sudahnya.. semalam 13 aug.. balik keje singgah beli lobak,gula perang dan tepung.

Sampai rumah... mandi2.. solat.. terus ke dapur.. sediakan semua bahan2... tinggal adun je...
taraaa.. siap kek lobak...

Kek Lobak Merah
Masa bakar kek lobak tu.. aku teringat kesedapan kek pelangi. Masa pergi refleksologi tu aku beli majalah Rasa bulan September.. aku nampak resepi kek ni. Tapi namanya Kek Mentega Pelangi.. Bahan pun ade.. aku siapkan bahan2 sementara menunggu kek lobak masak... Belum adun lagi...

Lepas kuarkan kek lobak yg telah masak.. aku terus adun untuk kek pelangi.. kali ni masa membakar 1 jam.. berbanding kek lobak hanya setengah jam je.. dan inilah hasilnya... taraaaa

Kek Mentega Pelangi



Lancar

Posted by tasya

Hari Jumaat 7/8/09

Aku keje hapday. Lepas sembahyang jumaat mak minta dihantarkan ke rumah wak sal. Lepas tu terus ke rumah aku. Hehehe.. dapur aku belum siap kemasnya... mak tgk kabinet dapur.. "bila buat ni..." alaaa.. tahun ni..." kataku..

Bermula operasi. Aku gorengkan keropok leko untuk mak. Kak Ana baru balik terengganu belikan tempoh hari. Lepas maghrib, abah dengan Nadzmel datang amik mak.

Malam, habih cerita Gourmet di tv8, kitorang pergi Carrefour.. bajet2... RM80 je.. sekali bayar.. amik kau... RM140... tokojot laki den membayonye.... hehehhe Belum pernah cecah 100 kalo belanja dapur...

Hari Sabtu 8/8/09

Masak air, masak air, masak air.. aku lupa nak sediakan air masak.. pukul 9.30 mak den udah datang... tolong sidaikan kain.. aku masak nasi untuk makan tengah hari.. huhuhu... lepas tu aku dan edi pergi kedai beli ayam 2 ekor.. Balik rumah, tak lama kak ana datang dengan Nadhrah dan Nadzmel. Kak Ana tolong aku masak. Labu air ku masak bening(masak air), ikan sardin ku goreng, kobis dan baby carrot ku tumis, telur didadar, dan sambal belacan tumbuk. Tak main lah blender...

Dah siap semuanya... makan. Lepas basuh pinggan semuanya rehat kejap, pastu solat. Rehat lagi...Pukul 5 aku start goreng ayam... Ayam diperap dengan halia,bawang putih, bawang merah,garam,kunyit,serbuk kari,madu sedikit.

Tgh goreng ayam, kak fiza, jiran sebelah beritahu, rakan mengajarnya yang turut tinggal di perumahan kami meninggal dunia seminggu selepas melahirkan anak. Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'n... Bersalin anak pertama.. kak fiza beritahu.. 8/8 tu anniversary pertama dia...
sedih hati .. Allah lebih sayangkan dia...

Pukul 6.30 aku ke rumah Wak Mah mengambil rojak yang ditempah.. ni rojak resepi keluarga. Arwah embah ku buat meniaga. Aku belum praktikkan lagi...

Lepas maghrib PIL aku sampai... lepas tu sorang2 datang dari taman perumahan ku.. lama2 penuh ruang tamu.. majlis pun dimulakan.Bacaan yasin, tahlil dan sedikit tazkirah untuk tetamu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...jam 10.30.. satu satu tetamu ku pulang...

Terima kasih yang hadir..