Klik klik cepat...

Cuti 2 minggu!

Posted by tasya

Berikutan krisis ekonomi dunia terutama industri elektronik dan automotiv, beberapa syarikat terpaksa menutup sementara operasi pengeluaran. Semua industri berkaitan maka tidak hairanlah syarikat kecil bumiputera terpaksa bungkus!

Ditambah lagi cuti perayaan kaum kedua terbesar di Malaysia. Bertambah lah cuti panjang. Sekolah pun ada yang tutup seminggu.

Bos pun ambil langkah yang sama... uwaaaaa... cuti tanpa gaji... 18 hari!
tolak cuti raya cina ngan Ahad.. tinggal bape hari... uihhh... banyak tuuuuuu....

Harap2 lepas cuti ni akan ada satu perubahan dalam ekonomi ni.. huhuhuhu...

Kelas Decoupage

Posted by tasya

tasya akan anjurkan kelas decoupage.





Maklumat kelas seperti berikut
Kelas decoupage
Setiap Hari Ahad
Jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat: No 85, Jalan Genting 3/KU4, Tmn Kembara Satu, Jalan Genting, Kg Rantau Panjang, Klang, Selangor.
Bayaran: RM20.00
Bahan-bahan disediakan.
Sila hubungi saya - 017 202 1542 untuk booking tempat.
Satu kelas hanya 4 orang
Kit permulaan berharga RM35.00 juga disediakan atas permintaan

Mengorak Langkah!

Posted by tasya

Mulai Januari ini, tasya mengorak langkah ke depan sikit. Tasya dah sedia menerima tempahan cupcakes, kek dan tart.
Sesiapa nak order boleh hubungi Tasya ek!- 0172021542
Tasya dok kat Klang, kalo dekat tasya hantar, kalo jauh pick up sendiri.
Terima kasih.
Akan datang tasya tepek gambo hasil2 kek yang tasya buat ek...

Evolusi

Posted by tasya

Evolusi diri....
Tasya masa kecik2.. mak kata takde rambut.. kira botak ler... tuuu.. nampak tak botak. hahahahahaa... Masa ni abah baru beli rumah baru. kiranya rumah yang mak duduk skrg.. Harga rumah masa beli RM14 ribu... tahun 1982. Sekarang rumah ini dinilai RM120 ribu.
Tgk selipar baruuuu
Masa tadika Cina.. kenapa tasya tadika cina..?
sebab ikut sepupu Sujifarisya tadika kat situ.. hehhehe... nak jugak! nak jugak!!
Sujifarisya yang baju kuning tepi sekali.
Tasya depan sekali.... hehehe
Baru lepas menari untuk Hari Guru sekolah.
Hari Perkahwinan Tasya dengan Mohd Zaidi.








Hobi

Posted by tasya

Masa tasya kecik2..
Abah kerja di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Hari tu LPK anjurkan hari terbuka. Abah belikan mainan cop2 gambar binatang. Aku minta abah bagi kertas banyak2.. itulah mainan aku.

pernah abah buatkan papan untuk melukis yang besar untuk tasya. Mungkin kesunyian tak ade kawan, abah buatkan papan tu.. leh ler tasya ekpresikan perasaan tasya waktu tu,ewah.. tapi kan tasya dok lukis gambo keta lalu lalang... dah umah depan jalanraya.

Umur 10 tahun abah belikan radio untuk tasya. Mungkin boleh menghiburkan hati tasya. Dari situ tasya belajar bersyair, berpantun dan menyanyi. Mak kata, dulu mak muda2 suka menari..
So.. tasya belajar mengenal rentak irama melalui radio. Tasya ikut satu group menari untuk majlis2 rasmi kat kampung.


Umur 12 tahun, tasya minta izin abah ke kelas kompang. Kompang Ezhar ni tasya pernah citer dalam tajuk sebelum ini. Dah namanya kompang tak sedap kalo tak ade lagunya. Kali ni tasya belajar apa pitching, nada, key lagu dan vokal. Kalo ade berpadu suara dengan lelaki, hujung tu tinggal suara tasya sorang2.. hahahahhaa

Umur 14 tahun, abah belikan kamera. Harga kamera tu RM100. Mak kata mahal, memang mahal 100 tu tahun 1994. Kos nak beli kodak, nak beli bateri, nak cuci gambar lagi.. semua abah tanggung... hehehhehe..

Umur 15 tahun, setiap kali aku memberontak ingin keluar jalan2 dengan kawan, mak marah. So aku mengurungkan diri dalam bilik. Nanti abah ketuk pintu, tanya tasya. Nak pergi kedai buku tak? Haaaaa.. nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... so aku pilih 1 buku pelajaran, 2 novel. hehehhee... Dulu ade kedai buku nama Dynamic dekat dengan Cendol Klang. Masa tu Cendol Klang naik basikal lagi.. Tasya suka baca novel Ahadiat Akashah. Masa tu tasya kenal Zuraidah Othman, Aznil Nawawi. Surat Sarina, Budak Setan,Jas Mafia, Fifi, Selangor Vs Kedah antara kegemaranku.

Umur 16 tahun, radioku rosak. Satu hari abah kata, pergi tengok dalam bilik. Haaa... radio baru!!
yahoooo.... Abah beli Video Player. Mak kata, pergi pinjam video tape kat umah Mak Ucu. Mak Ucu kahwin ngan Pak Ucu, keturunan pakistan.. Batcha. So video yang ade, citer P Ramlee dan Hindustan je lah.. huhuhuhu... Layannn...

Lepas tu hobi tasya jadi mendengar radio, menonton tv dan membaca novel. wakakakakakaka

siannyaaaa....

Topi Fondant

Posted by tasya

Tasya ajar buat topi fondant pulak. Jumpa cutter cookies ni kat Jusco.. rege RM7.90.. dah jumpa sambar ler... bukan senang nak cari... kalo kat bakeri.. sebiji2 dijualnya..


Cutter set
Ni guna cutter yg kecik dan sederhana
Boleh hias atas cupcakes pastu letak ler hiasan manik etc
Yang ni tasya guna cutter sama saiz.. (sederhana)
bulatkan sikit fondant dan letak di tengah2.
Boleh hias dengan manik.
tu tangan tak pro lagi.. korang kena buat lagi cun tauuu....

Bunga fondant

Posted by tasya

Tasya nak kongsi ngan semua yang baca blog ni cara2 nak buat bunga fondant.

1. Beli fondant readymade.
2. warnakan ikut warna yang disukai.
3. Bulat2kan sepeti dibawah.. dari saiz kecik hingga besar.. terpulang.


4. Ambil yang paling kecik sekali, lenyek2kan seperti di bawah

5. Gulung untuk membuat kudup bunga


6. Lenyek2kan bebola kedua, letak di keliling kudup.

7. Dah siap














Oh Palestin!

Posted by tasya


Rasanya bukan aku je yang menangisi nasib saudara seagama Palestin. Bagaikan sudah lali dengan serangan Israel. Penduduk palestin pun dah lali. Cekalnya mereka hanya Allah yang tahu. Anak2 palestin jadi mangsa kekejaman Israel.
Hilang saudara, hilang anak, hilang ibu, hilang bapa... dibedil Israel Laknatullah. Hilang sudah perikemanusiaan dalam hati. Tanpa secebis simpati.
Samalah2 kita berdoa agar bumi Gaza bebas dari jejak Israel Laknatullah! Banyakkan baca Surah Ababil.
Antara komen sms yang aku baca dalam forum utusan hari ni
  • Kan bagus kalo saya ade jet pejuang sendiri, saya sendiri akan serang Israel!
  • Kenapa tak sokong reaktor nuklear Iran, Iran tahu mana nak tuju nuklear tu!

Esok ade perhimpunan besar2an di Stadium Shah Alam. Suara Dunia!





Ketam dan Sundal Malam

Posted by tasya

4 Januari 2009, aku ajak abang ke pasar besar klang. Hari ni teringin nak makan ketam, abang suka kalo aku masak.. nak lauk apa.. abang mesti belikan.. janji aku masak... hahahaha... adeh...
Ade kes paling sadis berlaku semasa nak kuar dari bangunan pasar tu... Aku singgah sebentar membeli suratkhabar, abang dah menonong ke depan... hilang dari pandangan... aku jalan perlahan... sambil membelek iklan kuicng hilang di tiang bangunan... tiba2 aku dengar... "Ba!"...
Masa tu aku terkejut... aku pandang... kali ni tanpa ditahan2 aku telah gelak berbakul2... Abang salah kejutkan orang... abang sangkakan aku yang dia sergah... rupanya awek lain... awek kedai tu tadi jalan laju mendahului aku, dia nak buang sampah.. betul2 lawak... kesian abang, penuh satu hari aku gelakkan dia.. mana leh tahan beb!

Hasilnya... Ketam Salah Terjah...

Ketam Terperanjat goreng... hahahhaa

Nak tahu tu apa... inilah Bunga Harum Sundal Malam... yezzaaaa

Semoga Panjang Umur Abah!

Posted by tasya

3hb January 2009, genap umur abah 69 tahun... Selamat Hari Jadi Abah! So, dengan resepi2 yang ada, aku buatkan abah kek butter marble. Orang dulu2 mana ade suka icing2 ni... Aku pakat2 dengan Ami.. anak buahku utk meraikan atuk.

Start bakar kek...Kek tgh kepanasan

Nadzmi punya kad ucapan..
wahahaha... lawak kalo baca isinya.. tapi itu yang ikhlas kan?

Jarak dekat...
Abah potong kek...
orang lain potong sikit je... abah semua dipotongnya.. hahahhahaa
Semoga panjang umur dan sihat selalu bah! Caca sayang abah!

Masak?

Posted by tasya

Cuti aku manfaatkan dengan menyepahkan dapurku... Abang beli ikan pari... lama tak masak asam pedas... aku try asam pedas ikan pari yang simple sangat... takde daun kesum, kantan bagai...


Asam pedas ikan pari....

korang kalo ade pangkal sawi tu janganlah buang...
leh buat hiasan cam aku buat tu... hehehhee
suami tersayang ku kata sayang nak makan.. cantik banget...

Kuih Tiram

Posted by tasya

Keboringan bercuti, duduk2 selak majalah Rasa.. tasya jumpa resepi yang bahan2 nya semua ade dirumah... apalagi... start projek ler!! Kuih Tiram... tapi tasya tak pakai sukatan... agak2 je...

Tepung siap uli... pakai tepung high ratio... lembut je...
uli + telur + air garam
Tepung ubi + minyak masak buat gam

Siap gelek... tunggu masa nak goreng

Hangus sebab --> bukak pintu abang balik keje
tapi sedapppp... yummy!!

Selamat Tahun Baru!

Posted by tasya

Hari Baru dalam 2009. 1/1/2009. Abang ajak pergi ke Sg Congkak, pergi sesak, balik sesak. Taubat tak mo pergi time public camni... huhuhuhu... Sampai2 abang seperti biasa ke toilet dulu tinggal aku sorang2 pasang khemah... orangnya berdua... khemah utk 6 orang... wakakakaka... leh ler guling2 kat situ.

Bumbung khemah...
Pemandangan ... sejuk mato...

Masak Sardin...
Tips berkhemah... siapkan bahan2 di rumah... potong siap2 bawang, cili padi, tin sardin bukak siap2.. minyak masak bawak dalam tupperware pakai buang


Goreng udang...
tips: udang siap kupas dirumah dan perap dengan kunyit, garam dan rempah kari...
Sempat masak butterprawn lagik... jeles je khemah sebelah..


Lama sangat tunggu abang bakar ikan.. aku goreng dulu 2 ekor... hahahahaa
tips: bawak senduk.. sudip tinggal tau!!



Singgah beli nasi... kes malas bangun awal.

Peralatan bakeri

Posted by tasya

Company shutdown dari 25hb Disember 2008 hingga 4hb Januari 2009. Tgh tak banyak keje.. so merajinkan diri kemas peralatan bakeri. tasya letak dalam satu container kecil di bilik belakang. Tapi jangan terpedaya kerana ia bertahan cuma 3 hari sahaja. Sekarang tasya tak tahu di mana spatula tasya berada! Oh My....


Mula2 lawo ler..

pandangan sisi.... kaler2 lagi...
set acuan utk fondant... akhirnya!

Bacaan Yasin & Birthday

Posted by tasya

Sabtu 27 Disember 2008.. pulang dari menghantar tart kak yana, tasya ke rumah sebelah rewang. Malam tu dia adakan bacaan yasin dirumah dia.. jiran terdekat kenalah bantu.. sapa lagi kan? hari tu Kak Fiza jiran tasya nak buat nasi kerabu.. ish.. time nilah nak belajar macam2 ngan orang pantai timur. Tapi paling best buat solok lada.. huhuhuhu... mengancam betul...

Tangan Kak Shima dan Kak Ainon
Solok lada yang siap disumbat kelapa+isi ikan bla bla bla...
Malam aku makan dengan seleranya... pestime aku try budu... ori dari Kelantan... hehehhee
Malam esoknya... jamuan Hari jadi anaknya yang ke-7. Aku buatkan cupcakes khas utk Nur Nayli Humairah. Special dari cik tasya tauuu...
Tgh nak tiup lilin

Perkataan Happy tak nampak... 30pcs cupcakes

Salah susun... daaa...




Egg Tart & Coconut Tart

Posted by tasya

Hari jumaat, 26 Disember lepas tasya dapat order daripada Kak Yana.. Kak Yana order 50pcs tart kelapa, 50 pcs tart telur. Petang tasya start buat doh pastri. Bakar kulit pastri dulu 50 pcs.

Ini kulit pastri dalam oven baru... last qty.Buat inti kelapa pulak... yummy!!
Tart telur siap dibakar

Tart kelapa dan tart telur.


Terima kasih Kak Yana kerana menyokong tasya.

Anak buah baru!

Posted by tasya

Gembira aku dengar Kak Nest dah ambik anak angkat... baby girl! emmm.. dapatlah mengubati kesunyian, orang yang takde anak ni memang rasa sunyi sangat.. nak2 bila salah seorang pergi kerja. Huhuhuhu...

nak tepek gambo baby kak nest kat sini tapi blog dia tasya tak leh masuk... adeh...
nantilah kalo dah ok tasya tepek ek...