Klik klik cepat...

Kad Raya

Posted by tasya

Ni Tag raya lah kiranya ek...
korang kena letak kad raya ni kat blog @ fp korang...
Tasya nak ambil kesempatan ini.. nak ucapkan selamat menghabihkan baki hari puasa yg ade, tasya juga ingin memohon maaf kepada semua kenalan dan sahabat handai terutama De Royal Anggerik.. yang balik kampung tu jangan lupa diri k... ingat orang yg tersayang iaitu aku... huhuhu




Kuih Tako

Posted by tasya

Dari minggu lepas aku cari daun pandan yang fresh tak dapat2.. jiranku ade pokok ni tapi dia selalu takde di rumah.. dia duduk rumah satu lagi yang dapat free. Last2 aku beli di Econsave je. Tapi kecik banget.. aku suka yang lebar2...

Ok kali ni.. aku wat kuih tako. ramai orang suka ni.. dulu kuih ni takde terkenal sangat.. sebab takde pendedahan.. haaa.. skrg.. bertingkat2 tray kuih tako orang jual..

ni daun pandan yang potong2 5 bahagian tak putus..



lipat2 jadi macam ni buat daun ni yang leceh..
orang yang suka beli kuih ni bukan tau penat lelah buat kelongsong ni..
dah habih... buang je..
pastu stapler ler..
ade yg lapik satu lagi daun di dalamnya.. baru stapler..


buat adunan manis dulu.
RESEPI INI UNTUK 60 biji kuih.

Bahan2
5 cawan air

4 cawan gula kastor

1 cawan tepung jagung

daun pandan

sengkuang cina.. kalo tak jumpa sengkuang cina,

boleh ganti sengkuang biasa.

satu titik pewarna hijau jika suka

(campur bahan diatas dan masak sampai likat)



Ni pulak adunan bahagian atas yang berwarna putih
7 cawan santan
1 cawan tepung jagung
sedikit garam
daun pandan
(masak sampai likat jugak)
tuang adunan hijau separuh bekas
sejukkan seketika
kemudian tuang yang putih pulak
menutupi adunan hijau tadi.
sejukkan sebelum dimakan.
tips: tuang sekali lalu.. ratakan, jangan tompok2..
nanti tak cunnnnn...

Biskut Raya

Posted by tasya

Yuhuuu.. dah setengah bulan kita semua berpuasa. Hari Rabu lepas, mak belikan bahan2 kuih, kali ni mak suruh aku buat biskut. Bahan utama Oat dan Cornflakes. Pandai2 ko la... nak buat kuih apa.

Hari Ahad 6/9/09, bangun pagi2.. tapi takdeler pagi sangat.. ngantuk wei... mula2 buat biskut oat. Pukul 1 rehat.. lepas tu sambung biskut cornflakes. yeayyyy....


biskut oat
biskut cornflakes


Sahur

Posted by tasya

Sahur kali ni agak mudah bagi aku nak sediakan makanan. Berbuka puasa pun macam tu jugak. Tak perlu beli kuih sangat di pasar ramadhan. Tapi bulan ni paling banyak pakai bawang. Aku suka guna bawang besar. Lebih manis. Rutin bulan puasa bila balik kerja, lepas solat terus ke dapur.. bikin kuih sendiri.. ewah... masa sediakan bahan2 tu sambil aku masak nasi. Keluarkan bahan2 beku.. buat kuih.. dah siap.. aku rehat.

Berbuka puasa. Makan kuih dulu kemudian solat. Lepas solat, aku ke dapur masak lauk pulak. Dah siap.. makan.. Suami aku suka makanan panas2.. aku pulak jenis sekali masak, tak suka panas2 kan lauk. Itu je lah ubatnya. Masak masa berbuka sekali, masa sahur masak lagi. Bangun pukul 5.00 sempat lagi masak nasi dan lauk.. yang aku nak citer benda2 ni lah yang banyak bantu aku... keh keh keh..

bawang putih kisar,asam jawa,bawang merah kisar dan cili giling.
Kalau goreng2 je aku tambah bawang besar hiris.

Kuih Gunting

Posted by tasya

Rehat tengahari sabtu 5/9/09, aku balik rumah mak.. letak je beg, mak panggil, Ja, ko rasa ni.. gulp.. mentang2 aku tak pose mak soh rasa.. dahler depan budak2 ni.. kang diorang nampak kang.. satu keje lagi...

Aku pun ambik segenggam.. haaa.. rasa aku memang ratu kuih bulan ni.. rangup dan sedap. Mak tanya.. tak sedap ke.. aku pun buat muka.. MASIN? mak aku dah resah... hehehhe... taklah.. sedapppppp.. mau tak sedap.. marjerin,tepung,udang kering dengan telur... huhuhu.. memang raya mak aku tahun ni...

ni yang belum digoreng
Ni anak dara kakakku.. Nadhrah

Dah siap goreng.. yummy!

Hot & Roll

Posted by tasya

Huhuhu.. macam mengidam! Dah beberapa hari aku teringat Crepe yang dijual kat Jaya Jusco.. aku mula cari resepi di google dan Yahoo!.. yang pasti ia jenis japanese crepe. keh keh keh.. korang search sendiri ek..

Semalam, 4 hb Sept 09.. aku ajak abang pergi Aeon Bukit Tinggi Klang kejap. bayo hutang.. huhuhu... masa balik.. rasa ngidam tu dtg balik.. hahahha... aku cam ade deria leh kesan crepe tu.. aku cari2.. kat bahagian stall byk2 kat cashier jusco.. emm.. dorayaki, sushi... sekali aku terpandang.. HOT & ROLLLLLL !!! terus tarik tangan abang.. cakap nak beli. Patutlah tak nampak.. dia terperosok ke dalam... huhuhu..


geram je tgk mesin ni..
Crepe diratakan guna benda tu.. cam Allen Key kan?

disapu peanut butter seluruhnya..

tabur badam dengan coklat chip..
lipat separuh pastu lipat 3..
sedapnyaaaaa.... dapat makan..
padahal rasa dia cam apam balik rangup tu jugak..
cuma pakai coklat,pisang dan bla bla bla...
kesian korang .. sampai ngences baca...

Cek Mek Molek

Posted by tasya

Hari Jumaat 4 September 2009, balik dari kerja aku singgah kedai membeli sayur untuk buka dan sahur.. aku nampak keledek.. Jiranku dari hari tu order, tapi aku belum sempat buat.. aku pun dah lama tak makan, maka aku beli sedikit.. cadangnya nanti aku boleh bagi pada jiranku.

Di rumah, aku ke dapur membuang kulit keledek.. sambil menunggu keledek direbus, aku mandi. Dah siap.. abang pun balik. Dia kata tak payah masak hari ni, abang beli rojak. OK!! hahaha.. suka aku... jadi aku segera siapkan kuih cek mek molek. Panas2 ku hulur pada jiranku.



kuih cek mek molek

Tukar lagi

Posted by tasya

Hehehee.. suka sangat warna hijau...
kali ni tukar lain pulak...
sorry geng.. korang terpaksa tengok template yg ni jugak... hahahha

Ketayap

Posted by tasya

Kuih ketayap. Setengah orang panggil kuih dadar. Ni kuih keberapa ntah aku buat.. jadi ratu kuih bulan puasa aku tahun ni.. huhuhu... Abah dan Amel suka kuih ni.. lain kali tak payah beli kat luar.. beli kat caca tau!.. hahahha...


Yang sudah didadar atas kuali. Jangan garing2 sangat.. nanti susah nak gulung
Resepi kulit.
Tepung gandum (tepung kek lebih elok)
garam
air
sedikit mentega/minyak
bancuh macam nak buat lempeng.. cair sikit ek..
Letakkan inti
Resepi inti
Buah melaka
Cairkan dengan sedikit air
Masukkan kelapa parut
Gaul2 sehingga kering airnya
Tambahkan gula sedikit.
Sejukkan seketika.
Baru jadi satu
hantar rumah mak sikit. Jadilah...
Masa sampai rumah mak.. abah tgk je tupperware yang aku pegang. Hehehehee

Popia Murtabak

Posted by tasya

Dalam pada aku wat popia goreng tu.. suamiku request karipap.. huhuhu.. aku tak berapa gemar pulak karipap kentang di bulan puasa ni.. kecuali inti sardin. Aku cadangkan pada suamiku, tasya buatkan murtabak ye?

Kulit popia dah ada.. maka senang ler aku nak siapkan murtabak ni... ayam pun ade..


Sediakan kulit popia
Inti
Tumis bawang putih/bawang merah dan rempah kari
masukkan sedikit air
masukkan ayam cincang
masak hingga kering airnya.
dah siap.. ketepikan
Pukul 1 biji telur dan masukkan 3 sudu inti.
lipat menjadi 4 segi dan goreng guna api kecil.
siap!
merah sikit sebab tu kena kecikkan api..
tips: nak sedap lagi tambah bawang dimayang halus...
letak kobis dihiris halus
tambah daun sup sikit.

Goreng pulak,.

Posted by tasya

Hari Isnin, aku minta abang belikan kulit popia. Dalam kepala hotak ni nak buat popia serunding, tapi lain pulak yang aku buat.. takpe2... byk lagi kulit popia tu...

ni sebelum digoreng, yang dah digoreng tak sempat nak ambik gambar..
kena hantar cepat2 ke rumah mak.
Cara2
Sediakan kulit popia.
Letak inti..
Tumis bawang putih lama sikit,
masukkan udang basah
rasakan dengan garam
masukkan bawang
masukkan sengkuang
tambah timun,lobak,kacang panjang.
toskan seketika.
tabur bawang goreng/kacang goreng
sos:
tumis
bawang putih
cili blend
bawang merah
garam
gula
sedikit air
tepung ubi untuk pekatkan sambal.