Followers

Bulan lepas boleh diibaratkan sebagai bulan sesak aku, sehingga aku membuat loan dengan abah. huhuhu.. tau jelah lepas raya... gaji ciput.. tolak cuti bagai..
gaji bulan ni pulak.. lambat seminggu... alhamdulillah.. ada pulak rezeki Allah nak bagi, ramai order tart.. homemade egg tart ni, blueberry cheese tart.. fruit tart, ramai yg suka..

Lepas lah buat bayar minyak kereta pergi kerja, belanja sarapan pagi.

Alhamdulillah...

Tahniah utk Kak Nest...
Aku tumpang gembira... dikhabarkan kak nest dah mengandung 2 minggu.
Alhamdulillah.. rezeki utk dia dah ade...

tasya... masih menanti...

Tasya dah start aktifkan kelas decoupage.
Sesiapa yang berminat, sila dapatkan tarikh kelas dengan sms tasya

Kelas decoupage di Klang Selangor

Hari: Setiap hari Ahad
Jam: 9 pagi hingga 12 tengahari
Bayaran: RM30.00
Percuma: Mug dan makan minum disediakan.
Tempat: No 85 Jalan Genting 3/KU4, Taman Kembara 1, Jalan Genting, Kg Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor (Berhampiran kilang BATA,Jalan Kapar Klang)
(map utk yg masuk kelas shj)

Mini kit disediakan atas permintaan (RM30.00)
Sila booking kelas dengan bayaran deposit awal 1 minggu.
Bayaran deposit tidak dikembalikan jika gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Bayaran: Maybank: 162115914455
Sila emelkan bukti pembayaran, nama dan no telefon: dyna80@gmail.com

Kebelakangan ni tasya jarang update blog. Lebih asyik di facebook. Biasalah kan.. apabila jumpa yang lebih baik.. kita mesti lebih ke arah itu.

Tasya guna nama penuh dalam facebook: Natasa Binti Mohd Johari. Best jugak facebook ni.. jumpa kawan lama, main game.. paling best bejeweled ler... hehehe.. hantu betul ngan game ni..

3 Oktober 2009, tasya memenangi peraduan Rumah Terbuka Sinarfm bersama Daisy. Bertempat di Corus Hotel, tasya bawa 3 orang kawan cyber tasya sama. Kak Aen,Kak Puteri dan Kak Rozie.. Penyampai2 sinarfm pun ade sama... kecuali Kak Engku...

Tengok lah gambar2 kemeriahan kat sana.. enjoy.. tak cukup gi tgk www.sinar.fm










Ni Tag raya lah kiranya ek...
korang kena letak kad raya ni kat blog @ fp korang...
Tasya nak ambil kesempatan ini.. nak ucapkan selamat menghabihkan baki hari puasa yg ade, tasya juga ingin memohon maaf kepada semua kenalan dan sahabat handai terutama De Royal Anggerik.. yang balik kampung tu jangan lupa diri k... ingat orang yg tersayang iaitu aku... huhuhu




Dari minggu lepas aku cari daun pandan yang fresh tak dapat2.. jiranku ade pokok ni tapi dia selalu takde di rumah.. dia duduk rumah satu lagi yang dapat free. Last2 aku beli di Econsave je. Tapi kecik banget.. aku suka yang lebar2...

Ok kali ni.. aku wat kuih tako. ramai orang suka ni.. dulu kuih ni takde terkenal sangat.. sebab takde pendedahan.. haaa.. skrg.. bertingkat2 tray kuih tako orang jual..

ni daun pandan yang potong2 5 bahagian tak putus..



lipat2 jadi macam ni buat daun ni yang leceh..
orang yang suka beli kuih ni bukan tau penat lelah buat kelongsong ni..
dah habih... buang je..
pastu stapler ler..
ade yg lapik satu lagi daun di dalamnya.. baru stapler..


buat adunan manis dulu.
RESEPI INI UNTUK 60 biji kuih.

Bahan2
5 cawan air

4 cawan gula kastor

1 cawan tepung jagung

daun pandan

sengkuang cina.. kalo tak jumpa sengkuang cina,

boleh ganti sengkuang biasa.

satu titik pewarna hijau jika suka

(campur bahan diatas dan masak sampai likat)



Ni pulak adunan bahagian atas yang berwarna putih
7 cawan santan
1 cawan tepung jagung
sedikit garam
daun pandan
(masak sampai likat jugak)
tuang adunan hijau separuh bekas
sejukkan seketika
kemudian tuang yang putih pulak
menutupi adunan hijau tadi.
sejukkan sebelum dimakan.
tips: tuang sekali lalu.. ratakan, jangan tompok2..
nanti tak cunnnnn...

Blog Widget by LinkWithin