Klik klik cepat...

Yasin 23 Mei 09

Posted by tasya

Yang ni pulak.. Bacaan Yasin. Tasya dengan geng 4 bilik ni kira rapatlah jugak. Perumahan tasya ni ade 3 jenis.. dua tingkat, teres 3 bilik, teres 4 bilik. Tuan rumah kali ni rumah dua tingkat. Sib baik tak ikut cakap abah ambik yang dua tingkat.. masuk2 nampak dapur.. huhuhu...


Ni belum mula baca..
sapa lah yg masam je ni?

Eh.. ade hijau, ade pink... uniform dah campur2



Dah habih baca,kaki lenguh.. melunjur ler kejap..
ustazah tazkirah tu kat depan..

Masak

Posted by tasya

Entry tertinggal..
Sabtu cuti hari tu, edi pun takde OT.. so tasya masak2 laa... siang tu ajak edi pergi Econsave.
Bosan je tgk sayur... last2 pilih terung... suka benor ngan terung...
buat masak sambal ler..

sambal terung

ayam bakar

Resepinya
dua ketul drumstick
sedikit garam(gaul dengan ayam)
sedikit serbuk kunyit(gaul dengan ayam

sos utk perap 30 minit
satu sudu besar sos cili
satu sudu besar kicap
setengah sudu besar madu
serbuk lada hitam



marble cheese brownies




Pantai Remis

Posted by tasya

Ahad 24hb Mei. Tasya dengan edi pergi jalan2 kat Pantai Remis, Jeram. Sini terkenal tau dengan kerang bakar.Pantai ni bukan boleh mandi2 pun.. cuma ade org india kdg2 mandi kat sini. Dulu orang tak tak tau pun pasal pantai ni.. Tasya pernah dari Sementa ke Jeram dengan sepupu dan geng NYSTRIGT naik motor. Tak silap form 2... uwaaa... mati kalo abah tahu... kutip siput... kutip kulit kerang.

Sekarang sejak media war warkan pasal pantai ni.. semakin sesak tempat ni. Tapi awas kepada couple2 yg nak pergi jangan datang malam.. kang tak pasal2.. kena suluh muka.. hahahhahaa

Petang tu dah lapar terus cari tempat.. penuh... tasya suka yg kat simpang ni.. sambal cicah dia sedap..









kalo nak best lagi... dalam 1km lagi leh jumpa Restoran Seefood Muara Jeram. skrg restoran dia dah besarrr.. cantik dan bersih.. dulu byk nyamukk.... sebab betul2 kat jeram mati.

Kronologi

Posted by tasya

Kronologi : Kabinet dapur

26/4/09 - Edi ajak tasya ke Meru, kawan kerja dia rekomen kabinet dapur murah. Katanya kedai berhampiran RHB Meru.. sampai kami di sana, yang ade sebuah kedai barang elektrik, kedai lampu dan kedai motor. Abang berpusing2 mencari kedai yang dimaksudkan kawannya. Tasya pandang ke atas, ade contoh wardrobe. "Abang.. cuba tanya kedai elektrik ni..".. abang dengan muka yang tak percaya menyangkal.. ni kan kedai barang elektrik... Tasya suruh jugak pergi tanya.. dia pun melangkah lesu. Auntie tu kata... Adaaaaaaaaaaaaaaaa....

Rupanya kabinet tersebut salah satu punca pendapatan kedai elektrik tersebut. Kat dalam ade contoh2nya lagi... Bertanya serba sedikit, kami pun setuju.

27/4/09 - Petang pukul 6 hingga pukul 7 menanti juruukur dari kedai tersebut. Maghrib2 menyemak kat rumah orang.. Selesai ukur dia kata nanti tuan kedai telefon suruh dtg confirm dwg.

29/4/09 - Petang itu sekali lagi tasya dan edi ke Meru.. ewah.. asik menghala umah mertua aku je... huhuhu... Uncle tu soh teliti dwg. Mana yang nak ubah, pemegangnya, pendek kata.. senang ler berurusan dengan kedai ni. Abang beli kipas dinding utk dapur.

1/5/09 - Hari Pekerja. BBQ dengan jiran2 Tasya.

4/5/09 - Bayar habis. Ambik sinki,hud dapur,dan hadiah dari kedai.. aku pilih tupperware 1 set.

5/5/09 - Pukul 2, pekerja dari Subang datang memasang kabinetku...

lakaran dwg


Bahagian Tepi Sinki


Dua orang sahaja, masa ni pukul 5 lebih.
Tasya baru balik keje


Sebelah sini dah siap.


Sebelah sinki


Bahagian ni... ade satu yg terbuka tu, pintu cermin tertinggal.

So, syukur sangat2.. Allah murahkan rezeki di sini. Kos? Kosnya kawan2 tasya kata murah..
semuanya RM4K ngam2... (kabinet atas,bawah,sinki,kepala paip,hud dapur) Peti sejuk dan dapur gas tidak termaktub.
Sekian, tutup kes.

California dreamin'

Posted by tasya

lagu ni aku tahu sejak tahun 1995 kot..
ade satu drama cina yang mainkan lagu ni..
best tgk heroin goyang2 kaki,badan... sambil dengar lagu ni..

lepas tu terhenti ...
form 4... ade seorang cikgu praktikal dtg ke sekolah men perempuan bukit kuda klang. Tau jelah kalo cikgu muda2 ni... aktif betul. Ada satu minggu tu, cikgu buat minggu talentime. Satu kelas 4 sains 2 kena masuk.. cikgu bawakan kaset Oldies.. Kami pilih I will Follow Him utk dipertandingkan.

Kami menang, mengalahkan kelas 4 sains 1.. aku meminjam kaset dari Kuan Li Nah... tup tup dengar lagu California Dreamin' ni... huhuhu.. terus hafal tang tu jugak..

All the leaves are brown
And the sky is grey
I went for a walk
On a winters day
Id be safe and warm
If I was in l.a.
California dreamin
On such a winters day

I stopped into a church (stopped into a church)
I passed along the way (passed along the way)
You know, I got down on my knees (got down on my knees)
And I pretend to pray (I pretend to pray)

Oh, the preacher likes the cold (preacher likes the cold)
He knows Im gonna stay (knows Im gonna stay)
Oh, california dreamin (california dreamin)
On such a winters day

All the leaves are brown (the leaves are brown)
And the sky is grey (and the sky is grey)
I went for a walk (I went for a walk)
On a winters day (on a winters day)
If I didnt tell her (if I didnt tell her)
I could leave today (I could leave today)
Oh, california dreamin (california dreamin)
On such a winters day (california dreamin)
On such a winters day (california dreamin)
On such a winters day (california dreamin)
On such a winters day

Award

Posted by tasya

Yuhuuu... ni award dari Kak Fizan... Tasya kenal dia dalam wmc.. dia geng rumah perak, geng jahitan dan kraf... cantik hasil2 dia buat.. pandai masak jugak..
terima kasih kak pijannnn... i love uuu


Tag

Posted by tasya

Dari mana dtg tag.. dari kak mezah.. tapi yg lain pun tag aku gak.. cuma aku tak sempat baca lagi.. sama je...

1. anda rasa anda hot?
hot... mestilah... sapa lagi nak kata aku hot... hot bagi aku sexy... auwww...



2. upload gambar kegemaran anda.

3. kenapa anda suka gambar ini?
rasanya ini gambar yg cantik aku ambil dan penuh makna.. rasa penuh cerita..





4. bila kali terakhir anda makan piza?
bulan puasa tahun lepas... waktu berbuka lah... takkan time puasa... hahahaha




5. lagu terakhir yang anda dengar.
Kebetulan.. tgh taip ni suami tasya pasang lagu Eva Natasha- Kumpulan Febians yang nyanyi.

6. apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ini?
dengar lagu tadi...





7. selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
Cacaaaaaa





8. Rakan kesayangan tag seterusnya...


1. aen


2. mas


3. wana


4. nest


5. kak ida


6. kak izan





9. siapa no 1 kepada anda?
Kak Aen... open minded. Kawan yang caring macam lain2 jugak. Shopping tak hengat..






10. bagaimana pulak dengan no 4?
Kak Nest... macam Kak Mezah cakap jugak... disebabkan aku muda macam wana,yatie,shima.. so aku hormatler orang yang tua dari aku..





11. kata sesuatu tentang orang no 5.
Kak ida. Tempat letak barang.. entah kenapa aku terpk itu.. Klinik dia lah paling ramai pengunjung tetapi bukan sebagai pesakit... hahahha...




12. bagaimana pulak dengan orang no 3
wana... dia walau muda setahun dari aku.. tapi dia leh layan gak. Badan dia besau gak cam aku.. so takdelah terpinggir sangat aku ni... hahahaha




13. siapakah orang no 2.
Kak Mas...selalu aku cakap ngan mak aku.. Kak Mas ni macam Kak Mah.. Kak Mah tu lawa..
so kak mas pun kategori lawa ler.. dia suka terjah kat forum belionline.niceboard.biz




14. bagi pesanan anda untuk orang no 6.
Bagi pesanan? nak kena order cupcake ke? aisey...
Kak Izan... aku suka tgk hasil keje dia... minat betul aku...

setel satu tag....

BBQ

Posted by tasya

Update plssss...


keh keh keh... eksen betul nak update kat website je..oklah.. tasya teruskan gak update kat blog.1 Mei, Hari Pekerja.Terlalu asyik keje sampai lupa 1hb cuti.. aku tak buat pun memo utk company.. ah.. buat pun diorang kena keje jugak. OT. buang kertas je..
Petang semalam, jiran2 ku bercerita pasal BBQ.. wah... aku pun nak menyibuk gak ler. So, kongsikong ler...

ayam,udang dan kerang sedang dibakar dan dijemur kepanasan..

Sorry kak pza.. salah angle..

Kak Shima tgh asyik

Kak Nor dan Kak Ros





Udang galah yg dipancing

Kari ikan, sayur goreng... fuhhh....

6 buah rumah berkongsi buat BBQ.

Terisi masa cutiku... yeahhh