Klik klik cepat...

Ezhar

Posted by tasya


Pernah dengar tak kompang Ezhar...

haaaa.. tasya nak citer pasal kompang Ezhar. Tasya jumpa dalam http://jalalkompang.tripod.com/ . Yang bestnya ada salah satu nama cikgu kompang Tasya.

Cikgu Kamariah Bt Mohd Arif. Tasya panggil dia mak. Satu lagi.. ketua, Saudara Khailani B Hj Akhyar. Tasya panggil Abang Yang.
tasya copy sikit dari jalalkompang. kredit utk dia. Sebagai ahli kompang, tasya rasa terpanggil utk berkongsi dengan orang lain keunikan kompang Ezhar ni.

PERSATUAN SILAT SENI EZHAR SUCI/SETIA HATI DAN KOMPANG
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR
No Pendaftaran 5086/92

Lambang Persatuan merupakan perkataan EZHAR di bahagian atas, Bintang Berbucu Lima dengan Bulan Sabit yang melambangkan ugama Islam, Ugama Rasmi Negara, Daun Keladi 13 jalur melengkung di kiri dan kanan melambangkan 13 Negeri Berdaulat di dalam MALAYSIA dan juga membawa pengertian 13 Rukun Sembahyang.

Bulan Sabit, Bintang, Daun Keladi, Warna Merah, Kuning dan Hijau ;
6 perkara yang menghiasi lambang EZHAR membawa pengertian kepercayaan dengan keyakinan kepada RUKUN IMAN.

Huruf K.M.S.H yang tertulis di bahagian bawah lambang membawa makna ‘KOMPANG MELAYU SETIA HATI’.

a. EZHAR : Suci Hati / Setia Hati
b. Warna Merah : Keberanian Mempersembahkan Seni
c. Warna Kuning : Kedaulatan Raja-Raja Melayu
d. Warna Hijau : Kesuburan dan Warna Islam
e. Bintang Berbucu 5 : Rukun Islam dan Rukun Negara

PEMILIHAN DAUN KELADI
Pemilihan Daun Keladi sebagai hiasan pada lambang EZHAR membawa maksud :
1-Sebagai mana pohon ini hidup menjalar, subur dan mudah tumbuh walau dimana pun, maka harapan Pakguru dan Persatuan agar seni ini akan berkembang subur walau dimana-mana.
2-Getah yang mengalir didalam pohon ini membawa kiasan ianya membawa kegatalan kepada ahli-ahli ingin mempelajari kesenian ini. (hahahahaaa)

RENTAK EZHAR
Pukulan Kompang EZHAR mengandungi 6 Rentak Pukulan (INDUK). Setiap pukulan mempunyai beberapa rentak paluan bagi membentuk Pukulan Induk tersebut.

Selain daripada itu 2 rentak paluan tambahan digunakan iaitu paluan KEPANG dan SELANG KEDUA HADRAH.

Keseluruhan rentak paluan di dalam 6 rentak pukulan dan paluan tambahan diatas berjumlah 30 Rentak Paluan.

Pukulan Kompang EZHAR :-
PUKULAN HADRAH PENDEK 7 Rentak Paluan
PUKULAN HADRAH 6 Rentak Paluan
PUKULAN BERTEH 4 Rentak Paluan
PUKULAN BARU 4 Rentak Paluan
PUKULAN RANCAK 4 Rentak Paluan
PUKULAN SILAT 3 Rentak Paluan
Tambahan Rentak KEPANG 1 Rentak paluan
Tambahan Rentak SELANG KEDUA HADRAH 1 Rentak Paluan
Jumlah 30 Rentak Paluan
byk2 zikir yang tasya suka.. ya robbana... sapa nak lawan meh ler... sampai ke tak sampai.. hehehe
lepas tu lagu yang start..
dari bentan kita bermula,
pencak silat seni utama
lepas tu ade cawangan cipta..
kebanyakan lagu utk pengantin..
pakaian merah putih , hijau putih pun ade... pelik tul cawangan tasya .. orang lain serba hijau.. cawangan tasya campur putih. hehehhee


Ip Man

Posted by tasya

Aku tak tahu ini cerita apa sehingga aku selesai menontonnya. Ip Man (disebut-Yip Man) bermula dengan adegan komedi. Berkali2 aku tanya edi, citer lawak ke bang? dia membatukan diri. Kemudian ada zaman suram, kebuluran dan zaman jepun memerintah. Sekali lagi aku bertanya pada edi, citer perang ke bang? edi kata, tak.. tgk je...
Kesimpulannya, ia citer maruah diri, bangsa dan negara. Ip Man adalah seorang guru kungfu. Permulaan cerita dipenuhi gelak ketawa kerana adegan kelakar seorang mamat dibelasah Ip Man. Ramai yang ingin berguru dengan beliau tetapi dia enggan mengajar. Low profile dan disenangi masyarakat. Wilayah Fo Shan terkenal dengan sekolah kungfu. Semua guru2 kungfu belajar dengan Ip Man. Sehinggalah masuk zaman kebuluran. Ramai rakyat yang mati. Susah. Digambarkan apabila beras simpanan hanya tinggal sedikit. Ip Man mendapat kerja melombong arang batu.

Ketika itu, Jepun datang menjajah. Tentera jepun menawarkan kepada sesiapa yang ingin berlawan kungfu. Menang diberi beras, kalah~.. tak dapat apa2. Tapi kawan Ip Man yang pergi tidak balik2 lantas menimbulkan curiga. Kawannya juga telah mati dibelasah jepun. Ip Man pergi mencabar 10 orang jepun dan menang. Tetapi hanya ambil satu kepunyaan kawannya yang mati. Ketua tentera Jepun mencabar Ip Man tetapi Ip Man tak nak layan. Jepun tu bengang lalu menyakiti rakyat Fo Shan. Ip Man menyerah dan berlawan. Ip Man menang tetapi ditembak oleh tentera lain. Rakyat Cina memberontak. Jepun kalah setelah menakluk 8 hari. Ip Man dapat diselamatkan. Ip Man adalah kisah benar guru Kungfu. Salah seorang anak muridnya ialah Bruce Lee.

Apa yang tasya dapat dari citer ni, kita kena bersyukur dengan keamanan yang ade walau sedikit goyah dengan perkauman yang semakin menular. masih teringat mesranya dengan rakan pelajar cina dan india waktu disekolah menengah. Cina ditawan 8 hari sudah sengsara, kita ditawan berbelas hari lagi teruk rakyatnya. Kita sendiri kena selamatkan maruah bangsa, maruah diri, maruah agama kita. Sedih melihat anak bangsa masih terkial2 mencari arah.

Tasya tepuk tangan selepas menonton. Bagus cerita ini. Bukan sekadar menghiburkan.
Lepas menonton, abang ajak makan. Tapi yang tasya order tu rasa macam ade gas keluar dari makanan tu... yarkkk.. apa dia letak ni...

Tudung

Posted by tasya

bulan ini, sahabat2 DRA ku memperkatakan tentang tudung ariani, hajaba,serta munawarah. Melihat kak aen cantik memakainya, sahabat DRAku kak ida menunjukkan satu laman blog berkongsi ilmu membuat tudung sendiri. Kali ni bentuk muka orang malaysia. Hehehehee..
Melihat caranya yang agak senang, aku memberanikan diri mencuba dengan tudung yang dah ade. Tudung 4 segi ku potong jadi setengahbuat badan. Manakala awningnya, aku potong sedikit kain berbunga2 yg ade, ku letak kain gam keras yang selalu buat kolar baju tu. Inilah hasilnya cubaan pertamaku.

Setelah tahu kain jenis apa yang biasa mereka guna, aku menjejakkan kaki ke kamdar mencari kain jersey. Aisey, warna yang aku nak tak ade. Aku ke jalan taiping klang.. haaaa.. ade pun.
Ini tudung ke-2, memandangkan masih belum pandai.. aku belasah lagi.. nampak tak timbul sikit kat atas tu... hehehee.. jadi bulat muka aku..
Ini pula yang paling aku suka.. sebab berbunga2 macam hati aku gak. Merah, jarang betul aku pakai warna merah terang macam ni.. Aku test lagi pagi yang sama, guna kain hitam semua.. kali ni awning separuh keras. Lepas ni kedai tudung tutup ler.. hahahahaa...
Sekian.

Kehilangan

Posted by tasya

Rasanya tahun ini aku kehilangan. Beberapa ahli keluargaku pergi meninggalkan kami di dunia ini selama-lamanya. Bermula pemergian arwah nenek edi. Diikuti arwah pak Ngah edi di Kuala Lipis Pahang. Lepas tu, arwah Pak Lang aku di sini. Selepas hari raya, Embah kesayanganku pula menghadap Ilahi, dan yang paling mengejutkan, Wak Nanang aku yang paling pendiam.. pergi.

Ramai yang tidak menyangka pemergian mereka yang disebut di atas. Yang paling terkilan, adik embah yang tinggal di Tanjung Karang tak sempat melihat embah kali terakhir.Dia pun dah uzur. Masa tu pun dia di hospital buat pemeriksaan. Menangis2 dia diberitahu kakaknya dah tak ada. Embah dan adiknya berbesan.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Berita Sedih

Posted by tasya

Entah kenapa malas sungguh aku nak keluar rehat minum pagi tu.. Aku beli siap2 sebelum masuk ofis. Meeting sekejap.. kemudian aku ke ruang depan ofis. Selesai minum aku lihat bos aku tergesa2 menyarung kasut. Katanya, "Ja, abah Leman meninggal,". Dalam hati aku bertanya, leman mana pulak.. tapi bila tengok Kak Ana merah mata kat dalam opis, aku tahu.. yang meninggal itu abah kak Ana.. Lantas aku peluk kak Ana, aku masih tak percaya.

Ku tinggalkan pesan pada DRA. Aku keluar dari ofis menuju ke rumah Wak. Wak adalah abang mak. Mak aku ambik Kak Ana masa kecik. Sampai2 aku di rumah Wak, ku lihat Wak telah terbujur kaku di ruang tamu depan. Ya, benar. Allah lebih sayangkan Wak Nanang. Aku ke dapur mencari mak Kak Ana.. Lihat saja muka ku.. Wak Mah menerkam ku.. sambil berkata...
" Cacaaaa, wak dah takde sapa2.. " katanya sambil menangis. Aku yang dari tadi ditahan2.. terus menangis. " Caca kan ada wak..." pujukku.

Ku tinggalkan Wak Mah.. aku ke depan menelefon suamiku mengkhabarkan pemergian sedih..
Menurut cerita menantu wak, pukul 9.00 pagi tu arwah menghantar cucunya mengaji, kemudian singgah ke kedai membeli barang dapur. Arwah kemudia pulang ke rumah mengadu penat. Arwah kemudian ke ruang tv , baring menonton. Pukul 10 sepatutnya arwah mengambil semula cucu2nya pulang. Tapi bila dikejutkan Wak Mah, arwah disangka pengsan lalu cepat2 anak lelaki sulungnya dihubungi. Jiran2 turut dipanggil. Yang pasti, arwah telah pergi menghadap Ilahi.

Berita cepat tersebar, pukul 1, sudah siap kafan dan sembahyang jenazah dirumah. Ramai yang tidak menyangka, genap 45 hari pemergian embah, anak lelaki sulungnya pula mengikut jejaknya. Al-Fatihah untuk arwah Haji Sulaiman Haji Hassan.

Kenduri

Posted by tasya

Kenduri tahlil untuk embah, keluargaku buat pada hari Khamis,11 Disember lepas... pukul 10.00 aku tiba... potong tu.. potong ni... kemas tu kemas ni... aku buatkan cupcake kecik2 tanpa hiasan icing.

Bestnya saudara maraku memuji2 kesedapannya... hehehehehe... yang budak2 cinonet2 tu kuar masuk ambik... suka betul ade coklat cip. Aku buat perasa oren, pandan, vanilla ditabur coklat cip.. Aku tak amik gambar pun, sebab telefon aku buat hal.. bateri jadi buncit! terlebih makan elektrik gamaknya...

Pukul 6.30 aku balik mandi setelah siap hidang kuih. Rupanya murah rezeki ari tu.. kuih dari anak cucu kawan.. banyak banget sih! pinggan tak nampak rupa.. kuih pakai pinggan makan...
karipap, apam, talam, cupcakes, apam gula hangus, buah tembikai, buah limau, kek srikaya, onde2. Itu untuk kuih muih je... belum masuk sup lembu, sup kambing, mee kari, dan laksa yang dimasak.

Selepas maghrib cuaca mendung... kak Anis, isteri abang Lan berlakon seolah2 bomoh hujan.. hahahhaa...alhamdulillah .. tak hujan... tapi bila diberitahu bilangan yang hadir hanya 30 orang.. sedangkan makanan disediakan untuk 70 orang. Bila ditanya pada orang depan.. ooo.. ade yang baru datang... adelah 75 orang... tak termasuk budak2... kami bimbang kalo makanan tak habih..
alhamdulillah.. semuanya habis.

Majlis berakhir pada pukul 11 malam.

Jadi korban

Posted by tasya

Tahun ni aku berkongsi dengan mak, arwah embah, pakcik makcik dan sepupu aku buat korban. Satu ekor untuk 7 orang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... tapi tabiat aku suka menyebut kesian menyebabkan aku ditegur oleh mak kawan aku.. kalo cakap kesian... kita tak boleh makan daging tu... huk aloh! lepas ditegur begitu.. aku pun tidak mengulanginya lagi.. adelah 2 kali je tersebut ... heehhehehhehe...


Abang tgh tarik sambil salah satu ekor lembu tgh menggigil kena hujan...



kak ana dan kakaknya.. Kak Ila..


lembu ditumbangkan...
Sebelum sembelih lembu, 3 ekor kambing telah selamat dikorbankan pihak masjid. Dimasak sup di situ juga. Hujan2, sejuk2... pekena sup panas2... wow!! mapiau jadinya...
Malam sebelum tu sempat ku rakamkan detik2 hero pujaanku Shah Rukh Khan dapat Dato...
Auuw... dulu kalo aku tak tolak lamaran dia gerenti i jadi datin uuu... hahhahaha... perasan!


hensen tul dia pakai baju melayu.. cam nak gi nikah je... hahahhaha

Tag

Posted by tasya

And lovely are the blossoms
That are tended with great care,
By those who work unselfishly
To make the place more fairAnd,
--------------------------------------
like the garden blossoms,
Friendship's flower grows more sweet
When watched and tended carefully
By those we know and meetAnd,
---------------------------------------
if the seed of friendship
Is planted deep and true
And watched with understanding,
Friendship's flower will bloom for you

Terima kasih kak mas(ujin).. besar erti persahabatan... sesungguhnya bersyukur sangat2 dipertemukan dengan sahabat2 karib di De Royal Anggerik.

___________________________________________________________________________________

Here are the rules for this tag

1. Copy the badge and put it on your blog. done!

2. Link back who pass you this special TAG. done!

3. Spread this tag to at least 7 or more bloggers who you think you are friend with.

tasya tag kepada sesiapa yang baca blog ni... terima kasih...


Kelas Cupcake

Posted by tasya

29hb November, Sabtu

Satu lagi kelas yang aku minat.. dapat jugak.. alhamdulillah. Aku kerja setengah hari. Pukul 1.20 aku bergerak ke BS Bakery.. Kak Mezah dan Kak Aen pun sampai. Bayaran penuh dibuat. Masuk kelas, cikgu Wendy soh timbang barang dulu.

Bahan yang dah ditimbang
Kak Mezah teruja benor...
Wendy tgh ajor kami
Asyiknyaaa
Cara2 masukkan jem dan buat corak guna lidi je..
Contoh2 cupcake yang tasya buat.. ewah.. tak lah.. ni Wendy buat..
Minah2 ni nah posing.. minahtulen ngan minahwayar..peace!
Tgh berangan nak deco apa, sambil tunggu kek masak.
Wendy ajar buat topi
Kek cawan yang dah masak.. versi choc
Antara yang tasya deco
dan lagi
sama je.. dari sudut lain

Sekian.... dah dapat ilmu... bolehlah dipraktikkan.

Menarik ke?

Posted by tasya


Takde ape yang menarik minggu lepas.. tapiiii... ade satu yang best.. aku beli dapur gas. Selalu aku pakai yang dua tu je... kali ni aku nak start projek menerima tempahan kek.. Aku dah tak tahan kerja dah. Geram hari2 kat tempat keje. Kalo kat umah, amannnnn sikit hidup ni.

Dapur ni aku beli brand Europa model 338. 4 penunu, ade oven.. yang bestnya oven ni ade api atas bawah pastu boleh grill ayam/ikan.. kongsi ngan abang beli cash. Lepas ni kalo nak bakar cream puff leh bakar kat situ sebab cream puff bakar guna api atas bawah. Macam tu jugak dengan kek lapis. Lebih kurang macam ni ler...
Minggu lepas abang keja malam, so aku tido rumah mak. Tapi camne kalo orang order kek aku terpaksa tido umah mak? adeh... kalo rumah aku kat tengah maybe aku tak takut sangat. Ini rumah aku kat hujung nunnn.. rumah tepi.. sebelah kanan je ade rumah.. kiri taman, belakang kebun orang yang penuh semak samun.
Minggu lepas, aku ade pergi BS Bakery, kedai bahan kek kegemaran aku. Beli apa yang patut. Pergi stokis HPA amik barang. Pergi Bacaan Yasin. Pergi rumah sepupu abang, kenduri kesyukuran. Kali ni aku jumpa Ija, adik abang .. susah betul nak jumpa orang Pulau Indah ni... asyik dok pulau je.... hehehhehe... MIL ajak pergi Pantai Remis.. emmm.. abang pun malas. Dia lagi suka tengok wayang. hahahahaaa...
Oklah.. sekian coretan buat masa ni.. kan aku dah cakap, takde apa yang menarik.

Nasi Dagang

Posted by tasya

Hari Sabtu, 8hb November 2008.. Kak Puteri menjemput ahli de royal anggerik atau DRA makan2 di rumahnya. Aku pergi bersama abang. Sampai di rumah Kak Puteri, Kak Zu, Kak Aen, Kak Mas dah ade. Selepas itu, Kak Azie, Kak Rozie, Kak Hasnah, Kak Umisma, kak Seha, Kak Sara, Kak ida, dan Kak Mezah tiba. Masa aku nak balik, Kak Flora dan kawannya datang, Yatie dan keluarga pun datang.









Tahlil

Posted by tasya

Selepas kenduri, ahli keluargaku melepaskan lelah..





Ade aksi yang daring2 tu .. minta maaf ye... hehehehe













Embah

Posted by tasya

Selasa, 4hb November menjadi hari yang paling sedih dalam hidup aku. Masa tu aku keje, pukul 8.30 kak ana call ofis, mengkhabarkan berita pemergian Embah (nenek). Aku tersentak. Mujur aku melawat embah dua hari sebelum pemergiannya. Benar, seminggu terakhir embah, embah kelihatan sakit.

Bermula cirit birit, selama 4 hari, kemudian sesak nafas pada hari sabtu.. sehingga semua anak cucu berkumpul di rumah embah. Hari Ahad aku melawat dengan abang. Pulang dari keje hari Isnin, aku melawat embah lagi.. kali ni aku dekat dengan dia dan aku tanya.. embah.. kenal tak? ni caca embah... embah mengangkat tangan memegang muka aku.

Pagi ini embah terbujur kaku. Aku tak rasa aku ni cucu angkat, kerana embah layan semua sama rata. Masa mak dan abah pergi Haji, aku ditinggalkan dengan embah. Setiap hujung minggu, aku dan mak dihantar abah ke rumah embah. Setiap kali aku nak balik, aku lambai embah berkali2...

Aduh.. luluh rasa hati.. Semoga roh embah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin.
Al Fatihah.. utk Arwah Norma Hj Hashim.

Kena tag lagi..

Posted by tasya

TAG - Top 2
hahaha.. kak aen dah tag aku... kena lah jawab

Top 2 things found in your wallet as always:
1) Byk resit2.. simpan sampah...hahaha
2) Kad Maybank..

Top 2 things to do when i’m sad:
1) Dengar lagu jiwang2..
2) Tido.. maleh fikir

Top 2 songs you can listen to again and again:
1) Titian Hasrat-Samudera
2) Jaani Dil Mein - Hindi lorr

Top 2 reasons to watch television:
1) Dah takde keje lain
2) Nak tgk rancangan kegemaran

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1) Mekah menunaikan haji
2) Korea

Top 2 current obsessions:
1) Ngadap pc bertenet
2) Suka tgk resepi/teknik baru

Top 2 favorite nickname:
1) Alya Umairah (jgn tiru ye...)
2) Fantaghiro

Top 2 favorite food:
1) Chicken Chop
2) Nasi Goreng mak buat...

Top2 favorite snacks:
1) Twisties hijau
2) Double decker

Top 2 favorite website:
1) Belionline (sebab aku yg buat web ni... hahahaha)
2) cari.com dan blog2 orang

Top 2 goals you want to accomplish:
1) Nak ade kedai stationery sendiri
2) Nak besarkan rumah

Top 2 favorite to do:
1) Memasak suka.. ngemasnya malehhh
2) Dengar lagu

Top 2 favorite places:
1) Rumah mak yg paling selamat
2) Kelas kek

Top 2 things i can’t wait to happen:
1) Mengandung
2) Bersalin anak pertama.. huhuhuhu

Top 2 places where I love to shop:
1) Econsave.. semua tempat letak barang dah hafal
2) Jaya Jusco

Top 2 persons to tag:
1) Kak Eida
2) Kak Izan

ABC

Posted by tasya

Jumaat 31hb Oktober 2008, Kak Hasnah, ahli DRA menjemput kami makan tengah hari dirumahnya Seksyen 2 Shah Alam. Asalnya kami hanya nak makan ABC di medan Selera Seksyen 2 tu.. rezeki jangan ditolak.. hehehehe... yang datang 6 orang memandangkan waktu kerja.










Posted by tasya

Deepavali 27hb Oktober 2008, Kak Rozie buat jamuan raya utk DRA.. best2.. makanan banyakkk.. Kak Rozie order cream puff ngan tasya. Sib baik jadi.. hehehehe.. Ni kat bawah ni anak Kak Aen... Cinta namanyaa..






Ini je.. gambar dalam simpanan...



Posted by tasya

Hari Ahad, 26hb Oktober 2008, pagi2 aku dah bangun membancuh kek untuk aku hadiahkan khas untuk adik-adik aku di Banting. Untuk Epi dan Yano (Nor Zahirah) akak doakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku buat versi Moist Choc Chiffon Cupcakes. Hee.. tah apa rasanya... Pukul 4 aku tiba di Banting. Mama pergi kenduri kawin .. aku lepak2 jap.. sempat berkenalan dengan tunang Yano. Hensem gak.. cam edi.. waakkakakakaaa...

Aku gunakan buttercream, sebab royal icing nanti keras kejung.. tak best.. kalo guna fondant pulak aku pun tak makan.. fondant aku cuma buat kalo orang order untuk hantaran. Kalo dekat2 baik buttercream @ cheesecream. sodappp.... Kesian adikku Ijul tak dapat bersama ari tu.. sorry akak salah paham...