Klik klik cepat...

Nasi Ambang

Posted by tasya

Sabtu, 26 Julai 2008



Hari ni ada kenduri rumah Wak Asmah (mak kak Ana)... buat kenduri tahlil arwah atok,arwah mak bapak wak, tak lupa dengan kakak kak Ana yang meninggal 4 tahun lepas. Sampai2.. adik beradik kak ana, ipar duai semua dah ade. Aku pun tolong ni tolong tu... sampai siap...

Hidangan bawa ke masjid, siap bungkus... Nasi Ambang ler apa lagi... kuih muih ade gak..
Pukul 7 aku balik rumah. Sempat ku pesan pada jiranku yang aku tak dapat pergi majlis baca yasin malam tu. Kepenatan.

Abang balik pukul 9 lebih, makan nasi ambang je lah... hehehhee... Esok abang tak OT.. Yahooo!!

Nasi Goreng lagi...

Posted by tasya

Khamis, 24 Julai 2008

Hahahaha.. kemalasan aku tahap gaban... sekali lagi aku masak nasi goreng, kali ni advance sikit.. sebab pakai perencah segera... Maggi Perencah Nasi Goreng Paprik. wakakakka. Aku goreng ikan kembung. Sedap jugak... Malam tu layan cerita Kekasihku Seru.. uihh.. seram jugak.

Tidur...

Makin lama makin pendek pulak

Jumaat,25 Julai 2008 - Anniversary ke - 5!!

Pagi2 bos soh buat Memo. Penggunaan telefon masa bekerja dilarang sama sekali. Adoiii... letih ler camni. Utk kawan2... dah tak leh call2 ek... pepehal sms je... masa rehat tasya reply. Tengah ari tu aku pergi Klang, nak bayar rumah.. dah dapat advance bayo rumah... tinggal ler ciput. Sib baik Ahad babang dah gaji. Oh ya... aku dah set up utk De Royal Anggerik, satu forum baru.. add dia http://www.belionline.niceboard.biz/ khas utk mereka yg nak meniaga. Kesian peniaga asyik merungut dengan Wanitamelayu.com. hehhehehe

Petang balik keje, mandi2, solat aku lepak jap ngan jiran2 aku. Lepas maghrib aku tgk tv kejap..
pastu baring2 kat dalam bilik.. tertidur.. tau2 abang call soh bukak pintu... tak sedar dah pukul 9 lebih... ajak abang makan. Abg nak makan kat Batu 3 je.. hentam je lah..

Balik, tgk tv jap.. tidor..

Durian pelik

Posted by tasya

Rabu, 23 Julai 2008.

Balik dari keje, aku singgah Econsave. Aku beli ikan, kobis merah, cili merah, bawang putih...
dah hujung2 ni beli sikit je... nanti 27hb beli byk2... hahahaha.. Sampai rumah, aku mandi, solat dan start operasi. Aku plan nak masak nasi goreng special. Hehehehe....

Maghrib je aku belasah nasi tu... Pukul 10.00 abang balik, bawak durian. adeh... baunya macam kat tempat pengumpulan sampah.. mesti pahit2 ni rasanya. Aku buatkan abang air, dan hidang nasi goreng tadi. Aku dah tak sabar nak makan durian tu.. Aku suruh abang bukak.. Betul kataku.. pahit2 rasanya.. emmm... dah habih satu.. soh bukak satu lagi.. nak masuk tupperware.

Bukak2... haaaaaaaaaaa??? aku dan abang terperanjat. Dalam durian ade durian!!... pelik ni.. aku cepat2 soh abang amik kamera hp.. aku rakam.. wakakakaka... batak ler pulak.. Lepas tu kemas2.. aku kuatkan kipas... panas... berpeluh.. maklum tak pernah makan2 byk2.. selalu makan 3 ulas je.. kali ni... macam 9 ulas... huhuhuhu...

Mata pun dah ngantuk. Ape abang cakap, aku tak dengar dah.. macam lalok pulak makan durian ni.. Nanti aku letak gambar durian tu ye..

Roti Jala

Posted by tasya

Ngantuk betul.. aku sambung tido lepas abang pergi pukul 7 sampai pukul 7.40.. haaa!! pastu kelam kabut mandi, siap2 gi keje.. hahahhaha... Kerja seperti biasa. Kak Ana call soh siapkan cek sewa kilang.. aku siapkan tapi sapa nak sain? bos keluar.. eh, Kak Ana pun boleh sain ape... aku je tak boleh.. hahahaha

Tengah hari balik umah mak, makan dan solat ler.. rutin dah tu... aku try on pc yg abah baru repair tu.. hadooo... mouse dengan keyboard tak leh guna! sengal betul rasanya... Aku gi balik opis. Kerja ler... filing jugak sebab dah bertimbun.. Balik dari keje, singgah kedai. Tapi takde ape yang menarik.. sebab aku nak buat roti jala hari ni.. tak masak lauk. Sampai rumah, aku keluarkan bahan2nya.. laaa... santannya mana? tepuk dahi aku.. tadi pergi kedai lupa langsung!
Aku basuh kain dulu... Aku kuar tgk jiran2 ku tgh lepak.. "Kak Ros, kak Nah tu ade jual kelapa parut tak?" sergah ku.. "Adalah," jawab Kak Shima.. legaaa.. tak yah gi jauh2.. Kak Ros suruh panggil Aidil belikan untuk aku. Senang dapat jiran macam ni. Alhamdulillah.. Aku bagi upah pada Aidil.. Terima kasih...

Aku tanya pulak kak Faridah,"kak... daun pandan ni tasya mintak boleh?"... jeritku... kak Faridah dengan volume yang tinggi jawab" Ambiklah tasyaaa jangan kasi tinggal batang sudah..." waakakakkakaa...

Aku petik tiga helai .. balik..

Resepi Roti Jala Segera

Mentega cair 2 sudu
Susu cair 1/2 cawan
Telur sebiji
2 cawan air
4 cawan tepung
garam
serbuk kunyit/pewarna kuning (warna)
Acuan...

Serawa durian

Durian masak 6 ulas, amik isi
Santan 2 cawan
Daun pandan
Gula

Dah siap, aku jamu sikit pada jiran2ku.. yelah.. mereka dah tolong aku.. Anak kak shima sampai ambik sudu nak makan serawa durian tu. Sedap barangkali.

Malam, lepas maghrib... aku tengah tgk buletin utama.. babang call..
tasya buat roti jala.. suka abang dengar.. Abang OT 3 jam je hari ni.. pukul 9 lebih abang sampai. Aku hidangkan roti jala dan serawa durian tu. Habih! Sib baik aku dah makan sikit tadi.. huhuhuhu...

Aku hantar sikit pada mak, lepas tu ajak abang pergi makan kuey tiaw goreng. Tapi order sepinggan je.. kongsi.. hehehehe... kang tak habih...

Balik rumah... tgk tv sampai pukul 12. Tido...








Sampai bila?

Posted by tasya

Isnin, 21hb Julai 2008


sekaligus! hahahhahaa... maklum sejak susah bertenet ni... maka kat opis terhad ler waktu utk bertenet. Kerja seperti biasa. hari ni tak jadi nak puasa, belum ape pagi2 perut dah sebu... terlebih makan kot.

Tengahari balik umah mak, makan dan solat. Cerita2 dengan mak pasal makan2 malam tadi. Mak kata.. baguslah.. hehehe.. Petang, bos call nak kuar duit bape.. aik? dah clear ke cheque tu?
bos kata dah... bos balik opis bawak cash. aku pun cepat2 kira dan serahkan pada staff, advance gaji diorang. Lega rasanya.. takdelah diserang soalan2 lagi... bila kak? bila kak? adeh.. ni lah yang tak best jadi account kat sini... gggrrr...

Petang balik keje, mandi dan solat. Pastu aku lepak kat luar dengan jiran2 aku. Hampir maghrib aku nak masuk, aku nampak kereta yang aku kenal.. alamak... PIL... adeh... suka nooo sampai waktu2 macam ni. Jiran2 aku yang paham, gelakkan je... Huh! depan orang siap peluk2 aku lagi... ceh! berlakon je... kalo tak tu takdenyaaa.. MIL aku takmo masuk katanya dah nak maghrib, aiii? selalu tak kisah... dia bagi aku bubur, durian sebiji ngan rambutan .. baru balik dari Bidor semalam.. hantor Aishah (birasku).. hahaahah.. Aishah dah tak tahan ler tu.. terus balik kampung! Hantor sampai Bidor je.. kalo sampai Baling, Kedah.. hadooo!! kang memekak lagi orang tua tu kang...

PIL balik, aku pun masuk rumah.. aku letak je atas meja kaca tu tak usik2. Solat. Abang balik, aku kata mak kirim salam pastu ade bubur dengan buah atas meja. Dah! setel. Pukul 11 aku ajak abang pergi makan... huhuhuhu.. malamnya? yelah.. abang balik pukul 10.15. Pergi makan kat Sg Pinang.

Balik... tidooo..

Balik pagi

Posted by tasya


Sabtu, 19hb Julai 2008

Sekejap je dah setengah bulan... tapi gaji tengah bulan belum masyukkkk.. adeh! Pagi tu tak ramai yang bersembang dalam forum. So, aku dan wana ym .. lagi cepat! kalo kat forum lembap. Pukul 1 wana pun balik. Dia soh aku try Al-Rajhi bank tu.. gaji aku ciput mana boleh.. wana kata try aje.. Aku pun belasah ler fax borang dengan IC... hahahhaa

Petang balik dari kerja, lepak2 jap.. baru nak mandi.. aku dengar kecoh2 kat luar. Ape hal ni? Abang kata.. cepat ... buang air mana2 yang bertakung... nape pulak? Pegawai jabatan kesihatan datang. Aku pun cari mana2 yang bertakung... takde bang.. jerit ku dari dapur. Pegawai tu start dari hujung, bermakna rumah aku yang pertama! Aku dan abang keluar berjumpa dengan pegawai tu. Dia kata, minta kebenaran nak sembur asap cegah denggi dalam rumah dan luar...
Oooooo... lega hati aku.. eh, tapi kenapa tiba2.. ade kes ke? Pegawai tu bagai dapat membca hati aku. Ada kes denggi, rumah nombor 21 dah masuk hospital. Petang tu dia sembur campuran air dalam rumah, dan asap di luar rumah.. Nampak seperti ade kebakaran pulak... hahahhaa
dan seperti ade pesta di taman perumahan aku kerana semua warga taman keluar lepak di luar dan taman.

Maghrib settle.. Pukul 8 aku dan abang pergi ke Jaya Jusco Bukit Raja. Abang ajak tengok Batman. Sampai, tayangan pukul 9 untuk dua pawagam dah penuh. Pukul 11 pun dah terhad.
Aku sarankan pukul 11 tu, lagipun esok Ahad, tak kerja. Abang setuju. Sementara menunggu pukul 11, kami pergi makan di foodcourt JJ.. Aku order Kyros Kebab Chicken with fries, abang dengan Nasi Ikan Pari nya... Air... longan. Lepas makan, pergi surau jap kemudian aku ajak abang lepak kat MPH Bookstore. Hahahaha.. tempat kegemaran tu.

Jam hampir pukul 11, abang tarik tanganku keluar dari MPH. uwaaaaa..... Citer Batman dah start... keseluruhan cerita background gelap. Hero hensem kauuuu... auwww... Yelah.. kelawar mana kuar siang dak... sekali kuar hensem lah pulak.. wakakkaka.

tuuu.. yg duduk tu... wallaweiii.......



Joker tu lawak ler.. Two faces pun ade. lama aku rasa citer ni.. sekali tengok jam.. Bangg! Dah pukul 1.30... ishhh.. Balik2.. malu tak tentu pasal. Yelah.. biro keselamatan taman aku tgh berkawal.. aduh...malunya.

Balik, terus tido.

Ahad, 20hb Julai 2008

Subuh jap pastu tido balik.. pukul 8 baru bangun.. Abangg.. bangun. orang mesyuarat sebelah umah kita ni. Kami pun mandi dan bersiap. Keluar dari pintu pagar, aku suruh abang pergi dulu sebab geng aku takde lagi. Rupanya diorang tengah masak2 mee. Kak Enon kata malam nanti ade masak, nak buat makan malam antara kita2 je. Adeh.. nape aku tak tau.. semalam diorang tak cakap pun. Dah siap, kami pun pergi mesyuarat agung taman. Aku katakan pada kak Enon, nanti aku bagi udang. Keputusan mesyuarat, aku dilantik jadi Penolong Bendahari... adeh... sepanjang hidup ni, selalu sangat dapat pangkat ni.

Balik meeting, aku ajak abang pergi Econsave, beli udang. Balik singgah rumah mak jap. Abang nak pc dia balik.. yang lama pun dah ok. aku test internet dulu. Apesal pulak tak boleh ni. Mel, ko ade guna komputer ye? dia kata .. ade. Alaaa... ni Cica malas ni.. kan dah cakap.. tak boleh, degil lah ko ni. PC ni tak sama cam ko punya. Window Vista ni sensitif. alaaa.. camne ni. AKu cabut dulu, aku malas nak pk.. mak ngan abah pun aku sound, kenapa bagi budak2 main. Aku terus balik, protes!

Balik dalam keadaan marah2.. zohor dah masuk. selesai solat, aku ke dapur mula memasak. Cadangku Butterprawn je. Lamaa tak makan.

Butterprawn

Udang satu kilo
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Minyak utk menggoreng

Mentega-1/2 cawan
Kuning telur 3 biji
Susu cair 1 sudu
Serai sebatang dihiris
Daun kari 3 urat
Sedikit gula dan garam utk perasa

Gaul udang dengan kunyit, serbuk kari dan garam. Goreng hingga masak. ketepikan.
Panaskan kuali. Masukkan mentega. Dalam satu mangkuk, satukan kuning telur, susu cair gaul.. tuangkan perlahan2 dalam kuali tadi. Masukkan udang, daun kari dan serai, garam dan gula. .Besarkan api dan kacau sampai kering. Siap..

Aku pun pergi bertanya dengan Kak Enon, anaknya Kak long ade kat luar. "Kak Long, mak mana?"tanyaku. Mak tidor... "Nak masak2 tu pukul berapa ye?" "Pukul 5-6 camtu mak kata," balas kak long.. Uwaaaaaa... tadi kata kul 2-3...

Aku jadi lapar. Aku terus balik umah masak nasi. Abang pun dah lapor tahap gaban. Siap... basuh2 pinggan. Tgk tv... tido.. Asar, Aku ajak abang pergi pasar beli udang lagi.
Kak Enon nampak aku, dia kirim buah longan, limau kasturi dengan ulam. Diorang dah start masak. Balik dari pasar, ku serahkan barang2 kak Enon kirim. Aku start masak butterprawn utk kali kedua. huhuhuhu... Siap, aku hantar ke rumah Kak Enon. Baru nak goreng sayur. Aku tawarkan diri untuk masak. Maghrib, aku pun balik. Lepas maghrib, aku dan abang bersiap ke rumah kak Enon, Kak Ros dan suami dah ade, Kak Fiza dan suami dah ade, Kak Shima, suaminya kerja petang. Kak Nor dan suami pun ade. So... 5 keluarga dengan anak2 semua makan sekali.. macam kenduri rasanya. Berselera semuanya. Gulai daging, sayur goreng, sambal belacan, ikan kembung goreng, butterprawn.. huhuhu... Aku makan untuk sahur sekali ler ni.

Bestnyaaa

Posted by tasya

Bangun pagi tadi rasa sayang sangat dengan tidur tu... hujan lebat sekitar 3-4 pagi melenakan aku sungguh. Pergi keje, dengan senang hati. Khabarnya bos nak ke kuantan pagi ni...

Pukul 8.30 diorang meeting production. Aku jaga opis. Pukul 9 bos kelam kabut nak kuar.. Dah nak bertolak ke? tanya hatiku... tapi sebenarnya soalannya begini, bila bos nak blah ni? hahahhaha

Pukul 10.30 kak Ana call dari PCOM Shah Alam. Kak Ana ikut sekali?? Bestnyaaaaaaaa..... hahahhahaa... so sepanjang hari aku bertenet. Maklumler.. pekerja contoh... oopss.. Sales Budus dah bentiiiii... yahooo... buktinya, dia tinggalkan telefon syarikat dalam laci... hehehehe
Yang bestnya, sejak semalam, PO customer berturut2 masuk... alhamdulillah... aminnn...

Balik dari keje, aku ajak abang naik motor pergi ambil baulu lapis kak rozi.. melilau jugak cari rumah dia.. ingatkan dekat dengan rumah Angah.. rupanya tak. Sampai rumah,ku beri sedikit pada jiranku. Sedappp... teringat mak bakar kek lapis gulung.. tapi tu bakar, ni kukus.. lembuttt

Malam, siap2 seperti biasa...
pastu tenet jap.. tido..

Lepak

Posted by tasya

Khamis, 17 Julai 2008.

Pagi ni aku lewat lagi... 4 minit.. masuk2 opis, aku terus buat keje utk pagi ni.. siapka dokumen2 yang bos nak bawak.. bior cepat sikit blah! wahahahhaa... pastu aku key in data ler apa lagi.. ade brp bulan lagi tu... aku tanya kak paiza, material dah sampai belum? kak paiza jawab belum.. ah sudah.. mesti problem ni. Aku pun call Supplier dari Penang.. En Yani kata tak dpt PO. aduhhh... rasa nak luruh jantung aku.. aku cari2 PO tu.. tak ade di mejaku.. Aku tanya kak Paiza, rupanya dia simpan... aku fax kan sekal lagi dan telefon.. Yani terima.. legaaa... silap aku .. aku tak call lepas fax. huhuhu...

Tengah hari balik rumah mak, makan.. Mak masak asam pedas ikan+bendi. emmm... buncit ler kang. Pukul 2 aku masuk opis. Bos tak masuk2 sejak keluar pagi tadi.. bos pun dahturun padang buat sales... ooops.. sales budus tu tak dtg hari ni... hehehhehe...

Kak Ana datang kejap, amik cek, aku soh dia depositkan hari ni juga.. kang tak bergaji budak2 .. kataku... Kak Ana pun keluar.. aku sambung bertenet ambil buat keje... pukul 5 balik rumah, abang tunggu aku.. how sweet!! angin ape ni bang? hehehehhehee.

Pukul 6 keluar makan kat batu 3.. pastu balik rumah. Lepas maghrib tgk berita. Pukul 9 abang siap2 nak gi keje. Aku pun siapkan baju nak pergi rumah mak... Sampai rumah mak, aku mandi... hehehhehehehe.... aku terus bukak internet... kak ida, kak zu dan kak mas menemani aku...
terima kasih!!

oklah.. dah dekat kul 12 ni.. maklumlah.. 2 jam sehari. cukup ler..
ok... selamat malam semua...

Kekasihku Di Menara-Ukays

Posted by tasya

dingin sungguh malam ini
dan sukar mata ku lelapkan
laluku cuba coretkan
secebis lembaran buatmu

tidak terkira perutusan
satu pun tiada balasan
namunku tak putus harapan
walau hati ini sudah mula bergoyang

co: dapat ku bayangkan
kau mula berubah
bila di puncak menara gading
sedangkan aku
hanya mampu bermimpi
untuk ke puncak sepertimu

disebabkan itu kau mencipta jurang
perhubungan kita mula menjadi renggang
dan keangkuhanmu kini mula ketara
memandang aku cuma sebelah mata

dulu aku bagimu
jambatan untuk kau ke seberang
mudah sungguh kau berubah
semua jasa2ku
semua pengorbananku
untukmu

Aku suka lagu ni.. mengingatkan aku pada cinta monyet aku tahun 99-2000. Aku yang isikan borang universiti dia, mula2 rajin ler bersurat bagai.. last2... hampeh!!


Duit

Posted by tasya

Rabu, 16 Julai 2008.

Bangun pagi2.. aku posting dulu.. hehehehe... tgh batak! hahahahaha.. Siap2 terus gi keje. Siapkan temporary Delivery Order. Aku isi borang exit pass, hari ni aku kena keluar jugak, aku tak kira, ape nak jadi, jadilah! Sib baik bos tak byk soal.. yelah.. dia pahamler.. kita nak guna duit, dah advance tgh bulan tak mo kuarkan... Tgk2 Azmi datang!! ingatkan dah berhenti dah... muka selamba je macam takde ape2... Azmi - sales budus!!

Pukul 10.00 aku amik abang kat umah, terus gi Maybank. Sampai kaunter, Alan anak cik Pah tegur, dia keje situ.. apalagi... gunakan kesempatan yang ade... Alan uruskan aku punya urusan.. amik statement 3 bulan.. dalam 5 minit dah siap.. lain kali print sendiri kat M2u pastu approve kat maybank. Aku terus gi Bukit Tinggi.. aku nak buat loan!! huhuhuhu... tak lulus nasiblah...

Pukul 12.15 aku sampai opis, kak ana ade dah... aisey.. baru nak hantar report kat de royal anggerik...hehehehe. Pukul 1.15 aku kuar rehat.. mak masak sup sayur dengan fishball... abah kalo dah suka.. lauk tu juga yang dibelinya.... hahahhaa... Pukul 2 balik ke opis. Kat satu simpang aku nampak Myvi tgh lap.. macam keta Wana... sekali Myvi tu hon2.. aku tgk cermin.. huk Aloh.. memang Wana... hahahhahaha

Pukul 2.30 meeting dengan Kak Ana dan Syazwan. Pasal disiplin... dah habih. Syazwan kuar.. tinggal aku je... Kak Ana tegur aku pasal guna internet.. jangan keterlaluan.. adoiii.. pedihnyaaaa..
Bos tak tahu...kalo tahu....~ kak ana kata.. Dalam hati aku sambung... ~mesti pengsan!!

Kunci keta yang sales budus tu Bos aku amik, kunci opis pun suruh dipulangkan.. huh.. Bos aku kalo dah tak suka.... dulu tgh suka, semua nak dibaginya. Pukul 5 aku kuar opis, tgk sales budus tu jalan kaki... dlm hati aku.. kesian gak... habih nak buat camne.. kerja tak betul.

Balik kerja, sampai rumah aku mandi, solat. Abang ajak keluar tgk kabinet dapur. Pergilah satu kedai ni... perrrggghhhh!! 7 riban .. mak aiii... dapur aku comeyy camtu 7 riban. ABS je. Abang kata.. kita survey je dulu.

Balik singgah makan kat Batu Belah... Balik rumah.. ngam2 maghrib. Siap solat. Ngadap berita.
Balik2 citer melayu berpecah belah... maleh aku... rakyat ni benornya ok.. tapi dek kerana orang atas2 tu... jadilah camni.

Abang siap2 nak pergi keje. Zuhaida call nak jumpa, dia kat carrefour ngan Azizah.. mereka rakan baikku selain Susan dan Yatie masa Form Six di Highschool Klang dulu. Ku katakan jumpa saja di rumah mak.. mereka setuju. Sampai rumah mak, rupanya zu dgn Jijah tgh tunggu aku kat restoran sebelah umah mak.. Citer2... terkenangkan zaman sekolah.. sampai pecah perut kami ketawa. Nak2 citer kami dirotan atas pentas perhimpunan.. kamilah otainya... hahahahaha
Pastu aku paham diorang nak masuk jarum pasal Hai O tu... aku tolak secara baik.

Pukul 10.30 kitorang berpisah. Sesekali sahabat tu terlalu penting dalam sejarah hidup kita,kan?

oklah... nak tenet jap. pastu tidoooo

De Royal Anggerik

Posted by tasya

De Royal Anggerik adalah nama kelab dari negeri Selangor yang ditubuhkan pada tahun 2007 dalam Wanitamelayu.com, perjumpaan pertama berlangsung di Mc Donald Shah Alam. Mula2 ahli tak ramai sangat.. ade lah.. 12-13 orang... lama2 ahli bertambah... sekarang ade dekat 40 orang ahli berbayar. yang tak berbayar pun ahli juga tapi takdelah kelebihan seperti ahli berbayar.

Perjumpaan kedua berlangsung di Tasik Shah Alam, memandangkan ramai ahli tinggal dan bekerja di Shah Alam, ibu negeri selangor juga Shah Alam. Kali ni kami semakin erat...

Banyak aktiviti yang kami jalankan, perjumpaan rasmi dan tak rasmi yang banyak berlaku. Tapi itu juga yang merapatkan hubungan antara kami. Dah seperti adik beradik, dan keluarga rapat.
Aktiviti kami, dipahatkan dalam blog. http://deroyalanggerik.blogspot.com

Hujan

Posted by tasya

Isnin, 14 Julai 2008

Masuk2 opis tengok Izuan tgh telefon.. "kak, kak paiza cuti.. MC," Izuan bg tahu aku..
Buat keje cam biasa.. hujan kerap pulak hari ni..
Haa... cuti? aku baru nak berhajat nak gi Maybank. Takpelah.. esok je... Tengah hari abah dengan Nadzmi ambik aku kat opis. Abang tido kat rumah.. Petang bos tak masuk langsung..
so aku bertenet makan gaji buta. Sejuk sebab hujan


tgk ler hurufnya dah byk hilang..hehehehe



bertenet sambil berstokin



Gerimis....Petang balik kerja, abang ambik aku. Pergi KFC jap.. tiba2 aku teringin twister toaster tu.. ape ke namanya... Bungkus! Terus balik rumah.. Emmm.. sedap....



Pastu aku mandi2... abang nak tido.. aku kuar lepak jap ngan Kak Fiza. Pastu Kak Fizah hantar Inarah rumah pengasuhnya, sebab Kak Fiza ade kelas tuisyen malam ni.

Aku pun masuk rumah tengok Ezora.. Hari ni tak masak.. sebab abang pun petang baru makan nasi... Malam tgk berita, pastu siap2 abang pergi keje, aku pergi rumah mak. Aku try lagi streamyx tu tak boleh lagi.. emm.. takpelah.. esok tasya kak leila..

OOooopss.. terlupa.. beli serbuk kunyit / rempah kari better letak dalam bekas camni...
















Rehat

Posted by tasya

Jumaat, 11 Julai 2008

Hari Jumaat, pukul 3.30 aku cabut dari opis. Nak pergi EPF, hantar statement. Tapi EPF kata kena tunggu lagi dua bulan... adeh... pastu abang ajak pergi AEON Jusco kat Bukit Tinggi Klang..

Sampai dalam pukul 5 lebih. Abang ajak tengok wayang, hari tu dia boring tgk sorang2.. kali ni dia nak ajak aku. Citer Hellboy... adoi... aku dah ler tak suka citer ni.. citer lain semua tak best..
terpaksalah aku bukak mata kat pawagam nanti... huhuhuhu..

Pergi makan dulu kat foodcourt situ.. Makan kat luar sambil menikmati pemandangan luar yang jem! Kat sini dah macam kat KL.. aku rasa yang datang keje sini semua import dari KL.. mana taknya... tak rupa budak Klang pun... hehehehe...

Pukul 9 suku aku tepon mak, bagi tau Edi tak keje malam ni.. amik cuti. Aku pun tak tau abang cuti.. dia suprisekan aku. Ceh!... tapi sebenarnya aku sukaaaaa.... auwwww....

Terus balik rumah, mandi2 rehatkan diri... ewah...

Sabtu, 12 Julai 2008.

Bangun pagi2, basuh baju kejap, masak air, kemas2, sapu2,... pastu kejut abang, ajak abang sarapan... pergi makan nasi lemak. Balik sarapan, aku ajak abang singgah rumah mak, nak tengok line tenet dah boleh guna ke belum? adeh... rupanya budak tu tulis aku register 9hb.. means lepas Isnin baru ok.. sebab streamyx ni kena on lepas 3 hari bekerja. Cittt...

Balik rumah, aku sidai kain... Kuarkan udang yang aku beli ari tu.. Aku tengok.. ape je nak masak ni.. cam takde mood... Aku kuarkan semua sayur yang ade dalam peti sejuk tu..

Last2... terjadilah... udang goreng kunyit, Terung masak berlada, Kacang Buncis goreng telur.. Wah... Abang kata.. mimpi ape ni? Ntah.. tiba2 je rasa nak habihkan semua sayur dalam peti ais tu... hahahahhaa

Abang bukak CD citer Hindustan.. Sirf Tum.. pelakon? Sanjay Kapoor (adik Anil Kapoor ler)...
pompuan tak kenal... citer pasal.. beg tangan pompuan ni tertinggal dalam ketapi, pastu hero pulangkan beg dan bagi alamat, heroin balas surat ucap terima kasih, asyik berbalas surat tak kenal rupa.... waaaaaaa... saspen... last2 jumpa... aduh... syahdunya... abang nangis... wakakaakaka... Abang sedih ke? Tasya pun sedih jugak... wakakakkakaa...

Petang, lepak2 je kat rumah...Mak telepon.. Kak Eton meninggal.. Innalillah Wa Inna Ilaihi Rojiun.. Kak Eton, menantu Makcik Putih, orangnya baik dan ramah, kali terakhir jumpa dia masa malam pengumuman keputusan Pilihan Raya... Suaminya malas keje.. kesian dia..

Malam tu ade bacaan Yasin tapi aku tak pergi. Abang tak OT, aku nak temankan dia. Sebab, abang pun nak temankan aku.. hehehehee...

Malam, tengok citer Aku Juga Wanita, cerekarama... hahahah.. citer ni ade sama spesis dengan email yang aku pernah baca.. sedih jugakkk...

Ahad, 13 Julai 2008.

Tersedar pukul 10.00!!.. uwaaaaaaaaaaaaaa... Abangggg, bangunnn...! dah lewat sangat ni...
kang sakit kepala... Hari ni aku ngan abang cadang nak kemas bilik no 2 tu... dah macam kedai bundle je... Sarapan air susu dengan Cornflakes je pastu terus start kemas.. haaaa... terang mata aku nengok bilik tu... Kalo orang lain masuk bilik tu sebelum dikemas, mau pengsan.... hahahha

Pukul 12.00 stop kejap... tengok Casa Impian... pastu abang bersihkan rumput2 yang telah dimesin... Pukul 12 lebih aku dapat panggilan Kak Zu.. ajak pergi K4... ambik otak2 dan kopok leko wana...

Pukul 1.45 bertolak pergi K4.. wallaweiii... jem nenassss.... eh... jem ketaaa.. parking penuh...
aisey.. lambat ler jumpa kak Zu ni... terus cari gerai Kak Zu... ooo.. Mara buat karnival rupanyaaa... Abah tau ke tidak ni?

Balik dari K4, singgah rumah mak, hantar otak2 ke rumah Kak Ana jap. Makan kat rumah mak, mak buat sambal kerang.... Balik rumah. Tidur... Pukul 6 lebih abang ajak pergi pasar.. beli lontong je.

Pukul 8 lebih aku seterika baju abang, abang siap2 nak pergi kerja. Aku buatkan air yang baru beli dari Kak Zu... rasa macam Milo tapi lagi sedap.

Abang guna kereta, hantar aku ke rumah mak. Sampai2.. embah dah datang... minggu ni turn mak aku pulak. Wak Man pun ade melawat embah. Dari citer pasal Karnival kat K4.. masuk citer politik... wak Man pun minta diri... Aku layan tv... haaa.. citer Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel... wakakkakaa... lawak betul citer tu...

Abah belikan meja komputer baruuuu... toce abahhhh!!!

Zzzzzzz..............

Buat Hal

Posted by tasya

Alamak, suruh ambik malam pulak. Aku baru call Mr Ken, dia kata boleh ambik kit tu lepas 8.30 malam. Adeh... balik dari kerja, aku tengok rumput di rumah ku masih belum dimesin. Mana pulak Pak Cik Aris ni... Aku telefon Abah, " Bah, Pak Cik Aris belum dtg pun,"aduku pada Abah.
"Belum datang? Kejap lagi aku tepon dia," pujuk Abah. Tengok2... laaa.. tak datang2 jugak.. Edi pun tidur, kepenatan aku suruh belikan sampul pos ekspress. Maklum, orang tengah ramai kat pejabat pos ambik rebat tunai..

"Bang, tasya lepak luar jap ye?" aku minta izin... "Ok," hahaha.. suara pun dengar tak dengar.
Aku tengok Kak Fiza, Kak Ainon dengan Kak Shima je ade.. Inarah aku agah.. menyengih je.
Tak lama, Kak Ros menyertai kami. Bai roti lalu, aku beli roti cheese manis. Koyakkan2 sikit2.. bagi budak2...

Pukul 7.15 aku masuk rumah. Aku layan Ala Carte.. kali ni selebriti ade lah Chef kamarul sendiri. Yelah.. sebab buat kat rumah Sharifah Shahira. Buat untuk party harijadi anak dia. Tetiba terlintas satu idea.. uisshhh.. kalo aku simen tepi rumah aku tu.. akan ku buat taman macam rumah dia.. eh, rumah Maria Arshad tu... Maria Arshad pakai singlet je hari tu.. mak aiii....
Dah berkedut pun tak sedor diri...

Pukul 9.30 abang pergi keje, aku pun terus ke K4.. Mr Ken bagi aku streamyx-in-a-box.
Huk aloh! ini jugakkk.. ingatkan lain ler... Aku pun balik ke rumah mak.. Aku try pasang.. komputer buat hal pulakkkk... adeh! Esokler... maleh aku... terus hilang semangat aku..

ZZZZzzzzzzz.................

Ok... sekian untuk hari ini...

Internet

Posted by tasya

Semalam, dalam forum DRA diorang bincang2 pasal line internet.. aku pun mencelah2 jugak. Tanya tu tanya ni.. hehehehe.. Nak balik rumah aku call abang, aku ajak abang pergi K4.. Sampai2 abang takde kat rumah... mana pulak ni... alamak.. nak call kredit dah habih.. aku pun cek ganjaran hotlink.. haaa... ade 376 mata lagi.. boleh top up RM3.00 ...

aku pun call abang.. Dia tengok wayang??? lagi???? semalam dah tgk Hancock kata tak best, Hari ni tgk Wanted... sib baik aku tak minat citer2 tu.. Dalam pukul 5.30 abang sampai.. mandi2.. siap2.. kitorang pergi K4. Masuk kat dalam tu, pergi tempat ikan2... aku pun pilih udang dengan daging. Abang kata dah lapar sangat.. oklah.. tasya masak esok.. Nanti kita pergi makan.

Dah bayar, kami pun pergi gerai kegemaran... seperti biasa ler.. Nasi Goreng Thai dengan Nasi Goreng Udang Goreng pulak.. Dah makan, jalan2 depan MyNews.. mana tau Mingguan Wanita dah keluar.. takde.. sebelum pintu keluar aku nampak kedai TM.. broadband2u.com, aku ajak abang singgah.

Aku pun tanya pakej combo tu.. nak lagi murah.. aku tanya jugak.. hahahahaha.. takpe.. kali ni kongsi dengan abah.. abah separuh, aku separuh..

Aku pun register dengan hidung kembang kuncup.. wakakakkaa.. Mr Ken (bukan kentut tau).. soh aku amik kit esok... yahooo!! aku akan mengikuti jejak wana.. wakakkaka.. hari2 ke K4...

Malam, pergi rumah mak... abah takde, pergi Kajang dengan Abang Lan. Perlantikan Ketua Kampung pihak kerajaan pusat. Yelah... kalo ketua kampung baru org parti lain.. sapa nak disalurkan bantuan dari pusat.. kenalah cari wakil kerajaan kan? Abah tetap dilantik jadi ketua kampung tapi Pusat yang lantik. wahahahaha... tak habih lagi keje abah aku..

Tengok tv dengan mak.. pastu tidur... ZZzzzzz

Tart Nenas

Posted by tasya

Sabtu,5 Julai 2008.

Balik dari kerja.. aku pergi econsave...nak beli barang dapur... teringat cabaran mak.. aku pun beli jugak bahan2 utk itu... Amik2.. time budak tu kira.. aku tersedar.. duit cukup ke tak ni? aku pun tgk jumlah.. sampai 50 hengget aku soh dia stop.. barang lain cancel.. wakakakkaa.. malunyaaaa...aku keluar lepak ngan jiranku yang kerja sebagai guru , Kak Fiza. Kitorang berdua je petang tu. Kak Enon dan Kak Shima pergi Kamdar.. nak beli kain utk raya...
Lepas maghrib.. aku layan tv je... abang balik pukul 9.30.. aku start masak..goreng ayam je.. ngan telur mata kobau... lepas tu.. layan cerekarama jap.. Rita Rudaini berlakon, dengan Remy Ishak.. hero baru... hensem youuu...pastu tidur...


Ahad, 6 Julai 2008.
pagi2 dah bangun... abg OT hari ni... alaaa.. boringnya abang takde. Aku pun start ... baring2 jap.. wakakaakaka... kejap ler... kul 10 nanti aku start kemas le.. Pukul 10 aku dah siap2 mandi.. Aku pergi rumah mak pinjam penggelek kayu tu. Aku hantarkan juga otak2 ke rumah kak ana..

sampai2 Nadzmi cakap," Cica... malam tadi kita tunggu cica," katanya.. "Alamak, kenapa Ami tak tepon Cicaaa," balasku.. "Ni... Cica dah bawak," Nadzmi pantas memelukku.. suka lah tu.. Aku pun balik rumah dan start sapu2 sawang, kemas dapur.. hari ni aku nak ubah dapur akuu... hiyaaaaa!!!

Pukul 12.30, Kak Ana call bertanya otak2 lagi.. kenapa? Kak Ana cakap.. Ami merajuk bawah meja.. waakakkaka... Nadzmel bedal dia punya otak2... laaa... siannya... Amik ler kat umah ni.. dalam pukul 1, Nadzrin sampai... "Ko bawak keta Yin?" tanyaku.. "A ah"... "Ibu tau tak?" tanyaku lagi tak puas hati... " tau lah.. takkan dia bagi kunci,".. anak buah aku tu baru tingkatan 4... adeh... dia bawak Nadzmi sekali pulak tu... lantak ler, kak Ana pun bagi.. takkan aku nak bising2 pulak..aku serahkan otak2 pada Nadzmi..

Diorang balik, aku sambung kemas lagi.. sementara tunggu pinggan mangkuk kering.. aku pun mulakan projek mega aku minggu ni...bakul pastri........mak aku cabar ni!! Aku keluarkan marjerin, gula, tepung dan air... uli... guna tangan sepenuhnya...ade lah dekat setengah jam aku uli... aku pun bentukkan bawah loyang kecik...

Tengah anyam...





Dah siap anyam

dah siap bakar




buat tart nenas pulak.... pakai jem dalam botol Nona...


dah siap... akan ku berikan pada emakku.... wallah!!

Selesai... sambil2 bakar kuih tu aku basuh pinggan lagi... dah berhabuk.. maklumler.. asyik guna pinggan yang sama.. yg lain terbiar sepi... hehehehe...

Malam, aku diserang sakit kepala... lepas maghrib.. aku tak boleh bangun langsung. Masuk angin agaknya sebab sebuti nasi pun aku tak jamah hari ni.. yang aku ingat, cuma cicah roti dengan air milo jer.. uwaaaa.... aku tepon abang minta belikan lauk siap.. aku masakkan nasi je...

Dah makan... minumkan air teh panas.. tak kurang jugak.. aku telan 2 biji panadol.. Rasa ngantuk sikit.. aku terus masuk bilik tidur.

Sekian....



Gambar2

Posted by tasya

Makan malam sebelum tragedi 29 Jun 2008,wakakakaka.... sib baik aku dah makan banyak malam tu...

Makan Malam 28 Jun 2008

abang dan akuu.. tembamnyaaa
Kwn abang, Rosman, isteri dan anaknya.
Kwn abang, Wak dan seorang nepal
Makan, makan....
Dah kenyang.....

Pergi Ke Kuala Lipis.

Dalam Perjalanan....
Kpg Lalang, Kuala Lipis, Pahang... dah nak sampai...
Jalan kecik.. sebelah mcm gaung..
ade orang memancing kat tasik tepi gaung tuu
Ayam dan anak2nya... banyakkkk....




Dia

Posted by tasya

Semalam, aku dengan wana bagai nak pecah otak pikir camne nak aku nak serahkan otak2 tu pada dia.. last2 dia amik kat rumah... hahahha... petang, aku balik dari keje.. aku terus salin baju.. kemas2 sikit.. pastu tunggu wana... tak sampai lagi aku beli aiskrim kat umah kak shima.

Tak lama, jiran aku cakap ... eh, cepat Kak Nor balik hari ni.. haaa... itu kawan tasya kak.. keta sama.. wakakkaka.. patutler wana cakap ari tu makcik depan tu angkat tangan dengan dia.. hehehehe... ramai ingat kak nor dalam keta tu..

Borak2 jap.. wana pun balik.. aku pun sambung lepak dengan jiran2 aku. Aku bagi juga otak2 utk mereka.. rasa... jadi lah.. Maghrib tu, kak chik anak kak Enon bagi salam.. Mak bagi katanya.. laa.. tupperware itu pun nak pulangkan.. ni kes aku bg kuey tiaw hari tu ler ni...

Pukul 8.15 abang balik. Dia baring kejap.. aku suruh mandi.. nak ajak pergi K4 beli pad, dah habis. Pukul 9 kitorang pun pergi. Sambil menyelam minum air... hehehhehe... aku pun cari bedak Pixy yang DRA ceritakan.. Haaaa.. itu pun dia.. Kena bagi tau wana ni... hehehehe...
Aku pun sms dia.. Aku beli tropical Beige.. RM11.90

Nak membayar tu abang tunggu depan kaunter, aku tengok muka dia pandang cashier lepas tu pandang aku... oooo... kekasih lamaaa ye?? Cashier tu Azrina... kawan keje aku masa kat Casio dulu.. dia pernah berkawan dengan abang sebelum tu... Aku pun tanya abang... Ina kan? Abang kata, abang pernah nampak sebelum ni, tapi tak pasti tu dia, takkan nak tanya tasya pulak, nanti tasya ingat ape... pandai suami aku jaga hati aku. Sekarang abang tak boleh pergi K4 sorang2.. muktamad!! wakakakakkaa... gelak edi..
Kitorang pun pergi makan kat Batu 3.. sambil tengok Hellboy... adeh.. cerita camni ditayangkan.. bukan elok kisahnya.. Balik.. layan citer lain.. Tido...










Sumbat

Posted by tasya

Semalam, hujan lebat waktu pagi. Budak2 production yang keluar rehat naik motor masuk lambat setengah jam. Tengah ari aku rehat makan kat rumah mak, Nadzmi dengan Nadzmel tak sekolah... Ade peperiksaan percubaan UPSR kat sekolah. Jadi kelas mereka digunakan utk itu.

Aku bawakan roti untuk mak dan abah, aku tak perasan ade daun otak2 yang aku makan pagi tadi. Nadzmi nampak.. "Cica, ni yang daun sedap tu ye?" alamak! Nadzmi nampak.. ah... takpelah... petang ni aku nak pergi amik Otak2 lagi kat rumah Kak Mezah. Kak Zu letak kat sana.. "Esok Cica bagi Ami banyak2 ye..." dia pun senyum dan kembali ke ruang tamu. Memang Kak Ana bagi tau Nadzmi suka otak2 daun tu...

"Cica keje ke?" Nadzmel tanya. "Ye... ko tu tepi sikit, Cica nak baring," Nadzmel yang agak berisi memberikan ruang utk aku.. hehehhehe... mak selalu perli Nadzmel.. Mel, jangan makan banyak2.. nanti gemuk.. ko tu dah lah pendek. Nadzmel boleh jawab apa... Cik Edi pun pendek jugak.. aku dengar jadi hangin ler.. ko kawin esok dapat bini tinggi padan muka... balasku..

Balik dari keje, aku balik rumah dulu. Amik gabus yang kak mezah kirim dan hadiah AKP 001... wawawawawa... Aku Kasi Pinggan 1... wakakakaka... patutlah kod sms camtu...
Aku singgah epal... sampai2... laaaa... tutup seminggu.. ade meeting tahunan kat HQ. Adeh.. ape aku nak jawab ngan kak Mezah ni.. takpelah.. aku hantar mana yang ade dulu.. Aku terus ke rumah Kak Mezah. Loceng ku tekan.. tiada siapa.. aku bagi salam.. masih tiada. Sekali lagi ku tekan.. kelihatan seorang gadis membawa sebungkus besar otak2... mak aiii.. banyaknya.. Aku sampaikan barang kak Mezah.. dan pesanan penaja dari Epal..

Sampai rumah pukul 6.50. cepat2 aku bakar sikit otak2 tu.. emmm.. sodapnya... aku bagi sikit jiranku sebelah rumah. Aku pun mandi.. dan berehat.. Lelahku ke Pahang masih bersisa..

Hujan.... alamak.. bilik air dengan dapur penuh air.. Aku dah cakap dengan abang, sumbattt.. abang takmo dengar.. Abang balik basah kuyup kena hujan.. Ku biarkan dia minum dulu.. masa dia nak mandi.. "Yangg.. bilik air penuh air," hahahhaa.. senang keje aku.. dia nampak sendiri.
Abang mulakan operasi tolak air... Aku? aku lepak kat depan.. kaki itikku tak benarkan aku dalam keadaan basah2 camtu... memang hitam balik kang lantai tu.. Dah kering sikit baru aku tolong abang..

Letih.. lepas makan.. abang tengok tv kejap.. aku tidur.

Sekian...

Baby

Posted by tasya

Aisyah(Hasiah), birasku selamat melahirkan bayi lelaki petang Isnin lalu, 30 June 2008. Nama belum dimuktamadkan... Yang ini cerah sikit kulitnya berbanding Iqmal.. hehehehe.. aku datang Aisyah sedang diurut. Gambar ni aku ambil Rabu lepas sebelum bertolak ke Kuala Lipis Pahang.



Cuti

Posted by tasya

Hai kawan2...hari ni tasya cuti... Pak Ngah Edi meninggal. Tasya nak pergi Kuala Lipis Pahang ni... Jenazah kat rumah anaknya di Tanjung Malim, akan dibawa ke Kuala Lipis.Wokeh... tataaaa...

Lapar

Posted by tasya

Semalam satu hari keluargaku di DRA meluahkan rasa tidak puas hati terhadap geder2 WMC... Pulang dari keje aku ke Courts Mammoth Klang bayarkan hutang abang..Lepas tu aku terus pulang ke rumah.. Ku lihat jiran2 aku tengah sedap lepak.. aisey... penat pulak hari ni.. aku cepat2 mandi dan solat.. lepas tu aku kemas2 sikit sambil tengok citer Ezora... Aku teringat Otak otak yang aku beli dari Kak Zu. Aku ambik besi dari dalam oven.. hahahah... aku panggang.. tak sabar rasanya... nurul , wana kata sedap...

Otak otak

Agak2 masak... aku letak kat pinggan.. pinggan?? pinggannnnnn.. ooooh tidakkkkkkkk... hahaha.. pinggan kini jadi satu bahan gurauan di kalangan DRA... hahahaha. Lauk takde.. aku call abang cakap beli Nasi Paprik je kat rumah Kak Asnah... Abang kata ok... Kak Asnah tanya nak hantar pukul berapa? aku cakap.. pukul 9-9.30 boleh? Pukul 9.15 anak kak Asnah hantar nasi paprik ke depan pintu rumah aku.. ni baik punya servis ni. Pukul 10 abang balik. Penat dia.. kesian aku tengok..

Aku dapat sms dari Aisyah... birasku.. dia baru selamat bersalin anak lelaki... Iqmal dah dapat adik!!.. wah... 3.0 kg.. Aku bg tau abang.. Aisyah dah bersalin.. Abang kata dia dah tahu.. Kenapa tak bagi tau tasya? Abang kata.. takut tasya sedih... huhuhu. Memang pun.... tapi aku dapat rasa abang pun sedih.. yelah.. adik dia dua2 dah ade 2 anak... abang satu pun belum..

nak tepek gambar handbag Leno... hehehehehe



dan semalam, Abah menamatkan tugasnya sebagai Ketua Kampung. Aku bangga dengan Abah... Aku dengar ada yang menangis bila dengar Abah dah tak jadi Ketua Kampung... Diorang hormat Abah.. lagikan Ketua perumahan aku pun anggap Abah macam bapak sendiri... Aku?? Tiada perkataan sesuai selain Abah...