Kronologi
2009
Kronologi : Kabinet dapur
26/4/09 - Edi ajak tasya ke Meru, kawan kerja dia rekomen kabinet dapur murah. Katanya kedai berhampiran RHB Meru.. sampai kami di sana, yang ade sebuah kedai barang elektrik, kedai lampu dan kedai motor. Abang berpusing2 mencari kedai yang dimaksudkan kawannya. Tasya pandang ke atas, ade contoh wardrobe. "Abang.. cuba tanya kedai elektrik ni..".. abang dengan muka yang tak percaya menyangkal.. ni kan kedai barang elektrik... Tasya suruh jugak pergi tanya.. dia pun melangkah lesu. Auntie tu kata... Adaaaaaaaaaaaaaaaa....
Rupanya kabinet tersebut salah satu punca pendapatan kedai elektrik tersebut. Kat dalam ade contoh2nya lagi... Bertanya serba sedikit, kami pun setuju.
27/4/09 - Petang pukul 6 hingga pukul 7 menanti juruukur dari kedai tersebut. Maghrib2 menyemak kat rumah orang.. Selesai ukur dia kata nanti tuan kedai telefon suruh dtg confirm dwg.
29/4/09 - Petang itu sekali lagi tasya dan edi ke Meru.. ewah.. asik menghala umah mertua aku je... huhuhu... Uncle tu soh teliti dwg. Mana yang nak ubah, pemegangnya, pendek kata.. senang ler berurusan dengan kedai ni. Abang beli kipas dinding utk dapur.
1/5/09 - Hari Pekerja. BBQ dengan jiran2 Tasya.
4/5/09 - Bayar habis. Ambik sinki,hud dapur,dan hadiah dari kedai.. aku pilih tupperware 1 set.
5/5/09 - Pukul 2, pekerja dari Subang datang memasang kabinetku...
.jpg)
.jpg)
Bahagian Tepi Sinki
.jpg)
Dua orang sahaja, masa ni pukul 5 lebih.
Tasya baru balik keje
.jpg)
Sebelah sini dah siap.
.jpg)
Sebelah sinki
.jpg)
Bahagian ni... ade satu yg terbuka tu, pintu cermin tertinggal.
1 orang komen