Klik klik cepat...

Embah

Posted by tasya

Selasa, 4hb November menjadi hari yang paling sedih dalam hidup aku. Masa tu aku keje, pukul 8.30 kak ana call ofis, mengkhabarkan berita pemergian Embah (nenek). Aku tersentak. Mujur aku melawat embah dua hari sebelum pemergiannya. Benar, seminggu terakhir embah, embah kelihatan sakit.

Bermula cirit birit, selama 4 hari, kemudian sesak nafas pada hari sabtu.. sehingga semua anak cucu berkumpul di rumah embah. Hari Ahad aku melawat dengan abang. Pulang dari keje hari Isnin, aku melawat embah lagi.. kali ni aku dekat dengan dia dan aku tanya.. embah.. kenal tak? ni caca embah... embah mengangkat tangan memegang muka aku.

Pagi ini embah terbujur kaku. Aku tak rasa aku ni cucu angkat, kerana embah layan semua sama rata. Masa mak dan abah pergi Haji, aku ditinggalkan dengan embah. Setiap hujung minggu, aku dan mak dihantar abah ke rumah embah. Setiap kali aku nak balik, aku lambai embah berkali2...

Aduh.. luluh rasa hati.. Semoga roh embah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin.
Al Fatihah.. utk Arwah Norma Hj Hashim.

This entry was posted on Tuesday, November 11, 2008 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen