Ezhar
2008
PERSATUAN SILAT SENI EZHAR SUCI/SETIA HATI DAN KOMPANG
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR
No Pendaftaran 5086/92
Lambang Persatuan merupakan perkataan EZHAR di bahagian atas, Bintang Berbucu Lima dengan Bulan Sabit yang melambangkan ugama Islam, Ugama Rasmi Negara, Daun Keladi 13 jalur melengkung di kiri dan kanan melambangkan 13 Negeri Berdaulat di dalam MALAYSIA dan juga membawa pengertian 13 Rukun Sembahyang.
Bulan Sabit, Bintang, Daun Keladi, Warna Merah, Kuning dan Hijau ;
Huruf K.M.S.H yang tertulis di bahagian bawah lambang membawa makna ‘KOMPANG MELAYU SETIA HATI’.
a. EZHAR : Suci Hati / Setia Hati
b. Warna Merah : Keberanian Mempersembahkan Seni
c. Warna Kuning : Kedaulatan Raja-Raja Melayu
d. Warna Hijau : Kesuburan dan Warna Islam
e. Bintang Berbucu 5 : Rukun Islam dan Rukun Negara
PEMILIHAN DAUN KELADI
Pemilihan Daun Keladi sebagai hiasan pada lambang EZHAR membawa maksud :
1-Sebagai mana pohon ini hidup menjalar, subur dan mudah tumbuh walau dimana pun, maka harapan Pakguru dan Persatuan agar seni ini akan berkembang subur walau dimana-mana.
2-Getah yang mengalir didalam pohon ini membawa kiasan ianya membawa kegatalan kepada ahli-ahli ingin mempelajari kesenian ini. (hahahahaaa)
RENTAK EZHAR
Pukulan Kompang EZHAR mengandungi 6 Rentak Pukulan (INDUK). Setiap pukulan mempunyai beberapa rentak paluan bagi membentuk Pukulan Induk tersebut.
Selain daripada itu 2 rentak paluan tambahan digunakan iaitu paluan KEPANG dan SELANG KEDUA HADRAH.
Keseluruhan rentak paluan di dalam 6 rentak pukulan dan paluan tambahan diatas berjumlah 30 Rentak Paluan.
Pukulan Kompang EZHAR :-
PUKULAN HADRAH PENDEK 7 Rentak Paluan
PUKULAN HADRAH 6 Rentak Paluan
PUKULAN BERTEH 4 Rentak Paluan
PUKULAN BARU 4 Rentak Paluan
PUKULAN RANCAK 4 Rentak Paluan
PUKULAN SILAT 3 Rentak Paluan
Tambahan Rentak KEPANG 1 Rentak paluan
Tambahan Rentak SELANG KEDUA HADRAH 1 Rentak Paluan
Jumlah 30 Rentak Paluan