Klik klik cepat...

Kehilangan

Posted by tasya

Rasanya tahun ini aku kehilangan. Beberapa ahli keluargaku pergi meninggalkan kami di dunia ini selama-lamanya. Bermula pemergian arwah nenek edi. Diikuti arwah pak Ngah edi di Kuala Lipis Pahang. Lepas tu, arwah Pak Lang aku di sini. Selepas hari raya, Embah kesayanganku pula menghadap Ilahi, dan yang paling mengejutkan, Wak Nanang aku yang paling pendiam.. pergi.

Ramai yang tidak menyangka pemergian mereka yang disebut di atas. Yang paling terkilan, adik embah yang tinggal di Tanjung Karang tak sempat melihat embah kali terakhir.Dia pun dah uzur. Masa tu pun dia di hospital buat pemeriksaan. Menangis2 dia diberitahu kakaknya dah tak ada. Embah dan adiknya berbesan.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

This entry was posted on Tuesday, December 23, 2008 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen