Klik klik cepat...

Ip Man

Posted by tasya

Aku tak tahu ini cerita apa sehingga aku selesai menontonnya. Ip Man (disebut-Yip Man) bermula dengan adegan komedi. Berkali2 aku tanya edi, citer lawak ke bang? dia membatukan diri. Kemudian ada zaman suram, kebuluran dan zaman jepun memerintah. Sekali lagi aku bertanya pada edi, citer perang ke bang? edi kata, tak.. tgk je...
Kesimpulannya, ia citer maruah diri, bangsa dan negara. Ip Man adalah seorang guru kungfu. Permulaan cerita dipenuhi gelak ketawa kerana adegan kelakar seorang mamat dibelasah Ip Man. Ramai yang ingin berguru dengan beliau tetapi dia enggan mengajar. Low profile dan disenangi masyarakat. Wilayah Fo Shan terkenal dengan sekolah kungfu. Semua guru2 kungfu belajar dengan Ip Man. Sehinggalah masuk zaman kebuluran. Ramai rakyat yang mati. Susah. Digambarkan apabila beras simpanan hanya tinggal sedikit. Ip Man mendapat kerja melombong arang batu.

Ketika itu, Jepun datang menjajah. Tentera jepun menawarkan kepada sesiapa yang ingin berlawan kungfu. Menang diberi beras, kalah~.. tak dapat apa2. Tapi kawan Ip Man yang pergi tidak balik2 lantas menimbulkan curiga. Kawannya juga telah mati dibelasah jepun. Ip Man pergi mencabar 10 orang jepun dan menang. Tetapi hanya ambil satu kepunyaan kawannya yang mati. Ketua tentera Jepun mencabar Ip Man tetapi Ip Man tak nak layan. Jepun tu bengang lalu menyakiti rakyat Fo Shan. Ip Man menyerah dan berlawan. Ip Man menang tetapi ditembak oleh tentera lain. Rakyat Cina memberontak. Jepun kalah setelah menakluk 8 hari. Ip Man dapat diselamatkan. Ip Man adalah kisah benar guru Kungfu. Salah seorang anak muridnya ialah Bruce Lee.

Apa yang tasya dapat dari citer ni, kita kena bersyukur dengan keamanan yang ade walau sedikit goyah dengan perkauman yang semakin menular. masih teringat mesranya dengan rakan pelajar cina dan india waktu disekolah menengah. Cina ditawan 8 hari sudah sengsara, kita ditawan berbelas hari lagi teruk rakyatnya. Kita sendiri kena selamatkan maruah bangsa, maruah diri, maruah agama kita. Sedih melihat anak bangsa masih terkial2 mencari arah.

Tasya tepuk tangan selepas menonton. Bagus cerita ini. Bukan sekadar menghiburkan.
Lepas menonton, abang ajak makan. Tapi yang tasya order tu rasa macam ade gas keluar dari makanan tu... yarkkk.. apa dia letak ni...

This entry was posted on Tuesday, December 23, 2008 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen