Klik klik cepat...

Ezhar

Posted by tasya


Pernah dengar tak kompang Ezhar...

haaaa.. tasya nak citer pasal kompang Ezhar. Tasya jumpa dalam http://jalalkompang.tripod.com/ . Yang bestnya ada salah satu nama cikgu kompang Tasya.

Cikgu Kamariah Bt Mohd Arif. Tasya panggil dia mak. Satu lagi.. ketua, Saudara Khailani B Hj Akhyar. Tasya panggil Abang Yang.
tasya copy sikit dari jalalkompang. kredit utk dia. Sebagai ahli kompang, tasya rasa terpanggil utk berkongsi dengan orang lain keunikan kompang Ezhar ni.

PERSATUAN SILAT SENI EZHAR SUCI/SETIA HATI DAN KOMPANG
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR
No Pendaftaran 5086/92

Lambang Persatuan merupakan perkataan EZHAR di bahagian atas, Bintang Berbucu Lima dengan Bulan Sabit yang melambangkan ugama Islam, Ugama Rasmi Negara, Daun Keladi 13 jalur melengkung di kiri dan kanan melambangkan 13 Negeri Berdaulat di dalam MALAYSIA dan juga membawa pengertian 13 Rukun Sembahyang.

Bulan Sabit, Bintang, Daun Keladi, Warna Merah, Kuning dan Hijau ;
6 perkara yang menghiasi lambang EZHAR membawa pengertian kepercayaan dengan keyakinan kepada RUKUN IMAN.

Huruf K.M.S.H yang tertulis di bahagian bawah lambang membawa makna ‘KOMPANG MELAYU SETIA HATI’.

a. EZHAR : Suci Hati / Setia Hati
b. Warna Merah : Keberanian Mempersembahkan Seni
c. Warna Kuning : Kedaulatan Raja-Raja Melayu
d. Warna Hijau : Kesuburan dan Warna Islam
e. Bintang Berbucu 5 : Rukun Islam dan Rukun Negara

PEMILIHAN DAUN KELADI
Pemilihan Daun Keladi sebagai hiasan pada lambang EZHAR membawa maksud :
1-Sebagai mana pohon ini hidup menjalar, subur dan mudah tumbuh walau dimana pun, maka harapan Pakguru dan Persatuan agar seni ini akan berkembang subur walau dimana-mana.
2-Getah yang mengalir didalam pohon ini membawa kiasan ianya membawa kegatalan kepada ahli-ahli ingin mempelajari kesenian ini. (hahahahaaa)

RENTAK EZHAR
Pukulan Kompang EZHAR mengandungi 6 Rentak Pukulan (INDUK). Setiap pukulan mempunyai beberapa rentak paluan bagi membentuk Pukulan Induk tersebut.

Selain daripada itu 2 rentak paluan tambahan digunakan iaitu paluan KEPANG dan SELANG KEDUA HADRAH.

Keseluruhan rentak paluan di dalam 6 rentak pukulan dan paluan tambahan diatas berjumlah 30 Rentak Paluan.

Pukulan Kompang EZHAR :-
PUKULAN HADRAH PENDEK 7 Rentak Paluan
PUKULAN HADRAH 6 Rentak Paluan
PUKULAN BERTEH 4 Rentak Paluan
PUKULAN BARU 4 Rentak Paluan
PUKULAN RANCAK 4 Rentak Paluan
PUKULAN SILAT 3 Rentak Paluan
Tambahan Rentak KEPANG 1 Rentak paluan
Tambahan Rentak SELANG KEDUA HADRAH 1 Rentak Paluan
Jumlah 30 Rentak Paluan
byk2 zikir yang tasya suka.. ya robbana... sapa nak lawan meh ler... sampai ke tak sampai.. hehehe
lepas tu lagu yang start..
dari bentan kita bermula,
pencak silat seni utama
lepas tu ade cawangan cipta..
kebanyakan lagu utk pengantin..
pakaian merah putih , hijau putih pun ade... pelik tul cawangan tasya .. orang lain serba hijau.. cawangan tasya campur putih. hehehhee


This entry was posted on Tuesday, December 23, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 orang komen

Anonymous  

aku ahli kompang ezhar
cawangan batu 6 sinar budi
mungkin cawangan aku tak
korang kenal
tapi aku rasa kompang
ezhar ni patut
dipandang tinggi oleh
masyarakat bukan sahaja orang melayu
tetapi orang bukan berbangsa melayu dan beregama islam
mungkin hati mereka akan tergerak utk memeluk islam apabila mendengar paluan kompang ezhar ni
kerana kompang ezhar ni banyak bunga dan terdapat unsur unsur seni kemelayuan

Anonymous  

Assalammualaikum,Saya rosli dari Persatuan seni Silat Ezhar Suci/setia hati dan Kompang cawangan (Taman seri duyung)melaka.sy shut cabaran awk....hehehe..sy harap kompang ezhar terus kekal smpai akhir zaman....