Klik klik cepat...

Abuk-abuk merah

Posted by tasya

Dari pagi hingga tengahari... hadap pc wat kertas kerja utk booth kat putrajaya bulan 3 nanti.

Petang.. aku betul2 enjoy cuti kat rumah... sambil kemas rumah... Aku cuba utk tidak tido petang, karang malam aku takut aku jadi burung hantu.. terbeliak je mata...


Petang main bola jaring dengan jiran perumahanku, malam pukul 8 aku dapat panggilan mak, mak bagi tahu wak tipah yang aku selalu panggil wak meru meninggal. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. sakit tua... tapi kenapa takde yang kabarkan pada kitorang.. anak sepuluh pun sorang tak reti nak kabo ke... huhuhu... mak kehilangan seorang lagi saudara kandung tahun ni...

Mak suruh aku pergi petang esok je lepas balik kerja memandangkan aku baru keje di tempat baru.


Semalam tertinggal nak update kuih aku buat utk bacaan yasin.

Aku wat kuih abuk2 campur sagu merah... 2 in 1! hahahha
kuih yang mudah,murah dan sedapppppp....





Sagu 3 lapis..

Bahan2...

  1. Sagu biji 2 cawan
  2. Air 3 cawan
  3. segenggam kelapa parut (putih sahaja)
  4. gula melaka dipotong kecil + air 1/2 cawan
  5. pewarna merah atau hijau ikut suka
  6. 1/2 cawan gula
  7. sedikit garam

Cara:

  • Masak air gula merah dalam satu bekas
  • Dalam bekas lain, masak sagu dengan air sehingga masak
  • Bahagi 3...
  • Satu bahagian campur dengan kelapa parut putih dan sedikit garam
  • Satu bahagian campur dalam air gula merah tadi dan masak sehingga likat
  • Satu bahagian dicampur pewarna dan gula
  • Lapiskan dalam loyang...
  • sejukkan dan boleh dimakan...

This entry was posted on Sunday, February 21, 2010 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen