Popia Basah
August 27,
2009
2009
Hari ke-3 berpuasa, aku hanya membuat cucur ikan bilis.
Beli nasi campur di PARAM (Pasar Ramadhan).
Hari ke-4 puasa pulak, aku teringin nak buat popia basah sendiri. Balik kerja je aku terus buat adunan kulit kerana adunan ni perlu diperap 1 jam. Baru aku solat.
Abang pulang dari keje, aku ajak ke kedai membeli bahan2 popia dan lauk untk sahur esoknya.
Tapi tak cukup masa nak siapkan popia tu .. maka berbuka dengan air dulu.. moral: beli bahan awal tau... jangan jadi cam aku ni...
.jpg)
Ni masa ade sos dan kacang je..
.jpg)
Lipat seperti kuih ketayap.
Resepi kulit:
Tepung gandum
Sedikit garam
Satu sudu cuka makan
Satu biji putih telur
Air
Resepi Inti
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Sengkuang dihiris halus
Timun dihiris halus
Lobak dihiris halus
Bawang merah
Bawang putih
Udang basah ikut suka
Sedikit serbuk udang geragau
Bawang goreng
Sedikit garam
Telur didadar nipis dan cincang halus.
Sambal:
Cili kering diblender
Bawang putih kisar
Perahan air limau
sedikit garam
gula (lebihkan gula)
sedikit tepung ubi utk pekatkan sambal.
Malam tu aku hanya masak nasi, goreng sayur, dan goreng sotong celup tepung.
Sahur, aku masak nasi sekali lagi,sup ayam, dan ayam goreng.. serta sambal kicap.
Kenapa aku suka masak masa pagi2.. sebab suamiku suka makan panas2..
dari dia panaskan lauk semalam.. nasi sejuk.. baik aku masak terus.
Sekian.
This entry was posted
on Thursday, August 27, 2009
and is filed under
Resepi Kuih Muih
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 orang komen