Selamat berpuasa
2009
Teruja aku sambut Ramadhan kali ni.. Alhamdulillah.. dapat lalui sekali lagi.. Kebetulan hari pertama puasa, sabtu cuti. Sahur, aku tumis cili, goreng ikan kembung dan telur dadar saja. Masa puasa ni lah Allah offer byk pahala.. sale!! sale!!... rugi sapa tak ambik peluang ni..
Solat subuh.. kemudian, bacaan Al-Quran jadi peneman. Suamiku kerja .. ade OT.. ambik lah bang.. duit raya, kataku. Sepatutnya dia cuti Shutdown dari 21 Ogos sampai 31 Ogos. Panasonic tiap2 tahun buat macam tu..
Aku ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca blog ini.
Petang lepas Asar, dalam pukul 5 aku ke dapur menyediakan bahan berbuka. Ada sardin! Buat karipap lah.. abang suka..
Yang tengok gambar tu, jangan tgk bernafsu.. makruhhh.. hehehhe.. jadikan panduan untuk berbuka. Sekian.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 orang komen