Klik klik cepat...

Lancar

Posted by tasya

Hari Jumaat 7/8/09

Aku keje hapday. Lepas sembahyang jumaat mak minta dihantarkan ke rumah wak sal. Lepas tu terus ke rumah aku. Hehehe.. dapur aku belum siap kemasnya... mak tgk kabinet dapur.. "bila buat ni..." alaaa.. tahun ni..." kataku..

Bermula operasi. Aku gorengkan keropok leko untuk mak. Kak Ana baru balik terengganu belikan tempoh hari. Lepas maghrib, abah dengan Nadzmel datang amik mak.

Malam, habih cerita Gourmet di tv8, kitorang pergi Carrefour.. bajet2... RM80 je.. sekali bayar.. amik kau... RM140... tokojot laki den membayonye.... hehehhe Belum pernah cecah 100 kalo belanja dapur...

Hari Sabtu 8/8/09

Masak air, masak air, masak air.. aku lupa nak sediakan air masak.. pukul 9.30 mak den udah datang... tolong sidaikan kain.. aku masak nasi untuk makan tengah hari.. huhuhu... lepas tu aku dan edi pergi kedai beli ayam 2 ekor.. Balik rumah, tak lama kak ana datang dengan Nadhrah dan Nadzmel. Kak Ana tolong aku masak. Labu air ku masak bening(masak air), ikan sardin ku goreng, kobis dan baby carrot ku tumis, telur didadar, dan sambal belacan tumbuk. Tak main lah blender...

Dah siap semuanya... makan. Lepas basuh pinggan semuanya rehat kejap, pastu solat. Rehat lagi...Pukul 5 aku start goreng ayam... Ayam diperap dengan halia,bawang putih, bawang merah,garam,kunyit,serbuk kari,madu sedikit.

Tgh goreng ayam, kak fiza, jiran sebelah beritahu, rakan mengajarnya yang turut tinggal di perumahan kami meninggal dunia seminggu selepas melahirkan anak. Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'n... Bersalin anak pertama.. kak fiza beritahu.. 8/8 tu anniversary pertama dia...
sedih hati .. Allah lebih sayangkan dia...

Pukul 6.30 aku ke rumah Wak Mah mengambil rojak yang ditempah.. ni rojak resepi keluarga. Arwah embah ku buat meniaga. Aku belum praktikkan lagi...

Lepas maghrib PIL aku sampai... lepas tu sorang2 datang dari taman perumahan ku.. lama2 penuh ruang tamu.. majlis pun dimulakan.Bacaan yasin, tahlil dan sedikit tazkirah untuk tetamu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...jam 10.30.. satu satu tetamu ku pulang...

Terima kasih yang hadir..

This entry was posted on Monday, August 10, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen