Klik klik cepat...

Hari Ke-2 Puasa

Posted by tasya

Pagi tu aku dan suami sahur dengan lauk MIL bagi.. belasah ler.. janji ado! Aku tinggal masak nasi je.. waahhaha..

Puasa ke-2, tengahari tu aku ajak abang pergi beli lauk dan bahan untuk kuih. Aku terjumpa resepi kuih lapis dan seri ayu. Resepi aku tepek lain kali sebab resepi ade kat rumah. Ni aku kat opis.

Buat setengah adunan, seri ayu dpt 17 biji, kuih lapis dapat 1 loyang. Lain kali tak yah beli kuih kat luar.. hehehhe

kuih lapis
dalam loyang
Yang dah diwarnakan..
Kuih Seri Ayu
Kelapa putih digaul dengan tepung ubi dan sedikit garam
Masukkan kelapa putih dalam acuan, padatkan
dah lama beli acuan ni.. tapi tak pernah guna lagi.
Selepas dikukus
Inilah akibatnya kalo tak ditekan padat2.. yg hijau masuk ke bawah.. huhuhu
Siap sedia nak dibawa ke rumah Mak..
Sampai rumah mak.. mak kata beli kat kedai.. huhuhu.. hadoooo...
Resepi Kuih Lapis Pelangi
240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh pewarna merah jambu
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu teh pewarna biru
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh pewarna ungu
Cara:
Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum,minyak,garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
Kisar semua bahan sehingga tidak berketul dan adunan rata
Keluarkan adunan dari pengisar dan masukkan dalam mangkuk. Tambahkan sedikit air lagi dan kacau sebati. Adunan akan kelihatan cair.
Bahagikan adunan kepada 7 bahagian dan warnakan.
Panaskan kukusan dan kukus lapisan pertama 5 minit diikuti lapisan seterusnya juga 5 minit.
Apabila masak, angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong.
Tips: Air lebihkan dalam 1/2 cawan & sapu sedikit minyak pada loyang untuk memudahkan kuih dikeluarkan.
Sumber: Majalah Rasa Oktober 2008.
Resepi Seri Ayu
250gm tepung gandum
300gm gula
250ml santan
5 biji telur
2 sudu teh ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar air pandan
*air pandan boleh ganti dengan 2 sudu teh pes pandan+pewarna hijau/pes pandan
Inti kelapa:
200gm kelapa parut putih
4 sudu makan tepung ubi
secubit garam
Cara:
Pukul gula bersama telur dan ovalette hingga kembang
Masukkan santan, tepung gandum,serbuk penaik dan juga pes pandan. Kacau sebati.
Masukkan bahan inti ke dalam acuan. tekan padat2.
Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga paras penuh dan kukus selama 5 minit.
Tips: Acuan disapu sedikit minyak dan panaskan kukusan dahulu.

This entry was posted on Monday, August 24, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 orang komen

alahai.. sedapnya... begedil kalau ganti keledek lagi baik.. rupa mcm begedil.. rasa kuih keria.. haaa

tak pernah lak wat guna keledek...