Klik klik cepat...

Rendang Rock!

Posted by tasya

Masa baca yasin ari tu aku beli ayam telur... untuk pengetahuan ayam telur/ayam pencen ni keras ya amat dagingnya. Sesuai untuk dimasak kari atau rendang je.. huhuhu...
Pagi ahad, 16 Ogos aku ajak suamiku membeli bahan2 nak buat rendang. Kat bawah nanti aku bagi resepi. Serai, halia, kelapa parut, aiskrim.. aiskrim? ooo. yg tu khas untuk suamiku.. cornetto lagi.. huhuhu... lagi.. emm.. suratkhabar.
Merasakan rendang ku tak lengkap tanpa daun kunyit.. aku bergegas ke rumah mak.. sampai rumah mak.. mak tanya nak masak apa? masak rendang. Nanti orang hantar.. kataku. Sempat mak ingatkan lagi cara2 buat... hehehehe
Sampai rumah ku.. terus ke dapur.. siapkan semua bahan.. blender itu ini, perah santan, tapi yang paling penting.. kerisik..! Tak lengkap rendangku kalau takde kerisik. Lepas masak, hujan2 ku hantar ke rumah mak.
Kelapa parut digoreng tanpa minyak.
Tumbuk tau... bukan blender!
Tumbuk sampai halusss... sampai ade minyak dia...

Taraaa... dah campur dalam rendang.. emmm... macam nak raya rasanya.


Resepi
rendang rock
(ekoran dagingnya keras cam batu)

Ayam seekor dibersihkan dengan tepung gandum dan air.
Bawang putih
Bawang merah besar
1 inci halia
2 inci lengkuas (lengkuas perlu lebih sikit dari halia)
3 batang serai
4 sudu makan cili kering diblender
3 cawan santan
3 cawan air
3 sudu kerisik
1 helai daun kunyit
perasa
sedikit minyak utk menumis.



Cara membuatnya:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. (Nak kisar asing2 pun boleh)

2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kering yang telah dikisar

4. tumis lagi... dan masukkan perasa

5. Masukkan ayam, gaul dan ungkep*

6. Masukkan air dan biar ayam empuk

7. Apabila air hampir kering, masukkan santan

8. Biar seketika sambil dikacau2 agar tidak pecah minyak.

9. Last sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit.

*ungkep=apabila dah tumis, masukkan ayam, gaul2 dan tutup kuali agar wap yang terhasil memasak ayam tersebut.

Cara membuat kerisik

  • 1 cawan kelapa parut
  • digoreng tanpa minyak
  • tumbuk halus sampai pecah minyak.

This entry was posted on Monday, August 17, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen