Klik klik cepat...

Kopitiam

Posted by tasya

Khamis, 21hb Ogos 2008



Jumpa lagi....

Petang, aku cuba call Seri Pengantin Resort tu. Seorang perempuan menjawab. Aku bertanyakan harga bilik utk sabtu ahad ni. Dia akan emelkan aku harga dan cara bank-in deposit. Matikan perbualan.



Aku segera cek email aku.. eh, dah ade.. cepat gak. Aku bukak CIMBclicks dan transferkan deposit satu malam ke akaun resort tu. Haaa... lega.



Abang dan sedia menunggu aku di luar ofis.. "Jom, cari pasu" kata abang... "Kenapa? yang kat rumah tu pun tak terjaga" balasku. Kami pun ke Perepat. Masa aku nak masuk nursery tu, satu motor dinaiki suami isteri dengan dua orang anak yang masih kecik hampir melanggar kereta dek terlalu syok bercerita.. sib baik dia sempat mengelak... Nak cerita pun berhentikanlah motor tu...



Abang berkenan satu bunga, dia panggil tauke nursery tu... aku tgk dari jauh sambil belek2 bunga lain. Abang datang dekat ngan aku.. sangkaku dia nak tanya pendapat.. rupanya dia ajak balik.. kenapa pulak... "Mahal! Bunga kecik tu RM85.00" memang ler bang... bonsai camtu memang mahal... adeh.. suamiku ini...



Kami pun balik.. Lepas Isyak aku ajak abang pergi Kopitiam kat K4 tu.. teringin roti bakar, K3K Benta, Kuala Lipis punya branch. Aku order roti bakar, abang order roti special... air kopi Kwai Sam.




This entry was posted on Friday, August 22, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen