Klik klik cepat...

Balik pagi

Posted by tasya


Sabtu, 19hb Julai 2008

Sekejap je dah setengah bulan... tapi gaji tengah bulan belum masyukkkk.. adeh! Pagi tu tak ramai yang bersembang dalam forum. So, aku dan wana ym .. lagi cepat! kalo kat forum lembap. Pukul 1 wana pun balik. Dia soh aku try Al-Rajhi bank tu.. gaji aku ciput mana boleh.. wana kata try aje.. Aku pun belasah ler fax borang dengan IC... hahahhaa

Petang balik dari kerja, lepak2 jap.. baru nak mandi.. aku dengar kecoh2 kat luar. Ape hal ni? Abang kata.. cepat ... buang air mana2 yang bertakung... nape pulak? Pegawai jabatan kesihatan datang. Aku pun cari mana2 yang bertakung... takde bang.. jerit ku dari dapur. Pegawai tu start dari hujung, bermakna rumah aku yang pertama! Aku dan abang keluar berjumpa dengan pegawai tu. Dia kata, minta kebenaran nak sembur asap cegah denggi dalam rumah dan luar...
Oooooo... lega hati aku.. eh, tapi kenapa tiba2.. ade kes ke? Pegawai tu bagai dapat membca hati aku. Ada kes denggi, rumah nombor 21 dah masuk hospital. Petang tu dia sembur campuran air dalam rumah, dan asap di luar rumah.. Nampak seperti ade kebakaran pulak... hahahhaa
dan seperti ade pesta di taman perumahan aku kerana semua warga taman keluar lepak di luar dan taman.

Maghrib settle.. Pukul 8 aku dan abang pergi ke Jaya Jusco Bukit Raja. Abang ajak tengok Batman. Sampai, tayangan pukul 9 untuk dua pawagam dah penuh. Pukul 11 pun dah terhad.
Aku sarankan pukul 11 tu, lagipun esok Ahad, tak kerja. Abang setuju. Sementara menunggu pukul 11, kami pergi makan di foodcourt JJ.. Aku order Kyros Kebab Chicken with fries, abang dengan Nasi Ikan Pari nya... Air... longan. Lepas makan, pergi surau jap kemudian aku ajak abang lepak kat MPH Bookstore. Hahahaha.. tempat kegemaran tu.

Jam hampir pukul 11, abang tarik tanganku keluar dari MPH. uwaaaaa..... Citer Batman dah start... keseluruhan cerita background gelap. Hero hensem kauuuu... auwww... Yelah.. kelawar mana kuar siang dak... sekali kuar hensem lah pulak.. wakakkaka.

tuuu.. yg duduk tu... wallaweiii.......



Joker tu lawak ler.. Two faces pun ade. lama aku rasa citer ni.. sekali tengok jam.. Bangg! Dah pukul 1.30... ishhh.. Balik2.. malu tak tentu pasal. Yelah.. biro keselamatan taman aku tgh berkawal.. aduh...malunya.

Balik, terus tido.

Ahad, 20hb Julai 2008

Subuh jap pastu tido balik.. pukul 8 baru bangun.. Abangg.. bangun. orang mesyuarat sebelah umah kita ni. Kami pun mandi dan bersiap. Keluar dari pintu pagar, aku suruh abang pergi dulu sebab geng aku takde lagi. Rupanya diorang tengah masak2 mee. Kak Enon kata malam nanti ade masak, nak buat makan malam antara kita2 je. Adeh.. nape aku tak tau.. semalam diorang tak cakap pun. Dah siap, kami pun pergi mesyuarat agung taman. Aku katakan pada kak Enon, nanti aku bagi udang. Keputusan mesyuarat, aku dilantik jadi Penolong Bendahari... adeh... sepanjang hidup ni, selalu sangat dapat pangkat ni.

Balik meeting, aku ajak abang pergi Econsave, beli udang. Balik singgah rumah mak jap. Abang nak pc dia balik.. yang lama pun dah ok. aku test internet dulu. Apesal pulak tak boleh ni. Mel, ko ade guna komputer ye? dia kata .. ade. Alaaa... ni Cica malas ni.. kan dah cakap.. tak boleh, degil lah ko ni. PC ni tak sama cam ko punya. Window Vista ni sensitif. alaaa.. camne ni. AKu cabut dulu, aku malas nak pk.. mak ngan abah pun aku sound, kenapa bagi budak2 main. Aku terus balik, protes!

Balik dalam keadaan marah2.. zohor dah masuk. selesai solat, aku ke dapur mula memasak. Cadangku Butterprawn je. Lamaa tak makan.

Butterprawn

Udang satu kilo
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Minyak utk menggoreng

Mentega-1/2 cawan
Kuning telur 3 biji
Susu cair 1 sudu
Serai sebatang dihiris
Daun kari 3 urat
Sedikit gula dan garam utk perasa

Gaul udang dengan kunyit, serbuk kari dan garam. Goreng hingga masak. ketepikan.
Panaskan kuali. Masukkan mentega. Dalam satu mangkuk, satukan kuning telur, susu cair gaul.. tuangkan perlahan2 dalam kuali tadi. Masukkan udang, daun kari dan serai, garam dan gula. .Besarkan api dan kacau sampai kering. Siap..

Aku pun pergi bertanya dengan Kak Enon, anaknya Kak long ade kat luar. "Kak Long, mak mana?"tanyaku. Mak tidor... "Nak masak2 tu pukul berapa ye?" "Pukul 5-6 camtu mak kata," balas kak long.. Uwaaaaaa... tadi kata kul 2-3...

Aku jadi lapar. Aku terus balik umah masak nasi. Abang pun dah lapor tahap gaban. Siap... basuh2 pinggan. Tgk tv... tido.. Asar, Aku ajak abang pergi pasar beli udang lagi.
Kak Enon nampak aku, dia kirim buah longan, limau kasturi dengan ulam. Diorang dah start masak. Balik dari pasar, ku serahkan barang2 kak Enon kirim. Aku start masak butterprawn utk kali kedua. huhuhuhu... Siap, aku hantar ke rumah Kak Enon. Baru nak goreng sayur. Aku tawarkan diri untuk masak. Maghrib, aku pun balik. Lepas maghrib, aku dan abang bersiap ke rumah kak Enon, Kak Ros dan suami dah ade, Kak Fiza dan suami dah ade, Kak Shima, suaminya kerja petang. Kak Nor dan suami pun ade. So... 5 keluarga dengan anak2 semua makan sekali.. macam kenduri rasanya. Berselera semuanya. Gulai daging, sayur goreng, sambal belacan, ikan kembung goreng, butterprawn.. huhuhu... Aku makan untuk sahur sekali ler ni.

This entry was posted on Tuesday, July 22, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang komen